Polis tahan lelaki muat naik hantaran berunsur hasut, hina raja dan kerajaan

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 9:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tahan lelaki muat naik hantaran berunsur hasut, hina raja dan kerajaan

Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di Petaling Jaya kerana disyaki membuat hantaran berunsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja dan kerajaan.

CHUKAI: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan agensi keselamatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lepas.

Beliau berkata pihak polis turut merampas telefon bimbit dan dua kad SIM yang dipercayai digunakan dalam kes itu bagi tujuan siasatan.

“Barang-barang kes telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk analisis forensik digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi berkata lelaki itu direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Pada 15 Ogos lepas, media melaporkan pihak polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook “Ahmad Mu’min” berhubung hantarannya yang mempunyai unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan agensi berkenaan. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved