Polis terima 35 laporan hutang duit kutu, kerugian RM1.7 juta

10 Aug 2026 • 1:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Polis terima 35 laporan hutang duit kutu, kerugian RM1.7 juta

SHAH ALAM, 10 OGOS: Polis menerima 35 laporan berkaitan seorang wanita yang terbabit dengan hutang duit kutu membabitkan keseluruhan kerugian RM1.7 juta.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata semua laporan berkenaan dibuat mangsa berusia antara 23 hingga 53 tahun.

Beliau berkata siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan tiga beranak gagal dikesan dan dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu.

Susulan kehilangan itu, bapa kepada wanita terbabit yang berusia 62 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada Isnin lalu.

Laporan berkenaan dibuat selepas lelaki itu gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri terbabit kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada jam 1.50 pagi Khamis lalu.

Pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu kemudiannya direman empat hari bagi membantu siasatan.

Tempoh reman tersebut berakhir hari ini, namun polis mendapatkan lanjutan reman terhadap pasangan berkenaan.

Tempoh reman mereka disambung dua hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved