Polis terima 35 laporan, pasangan suami isteri tipu hutang kutu bernilai RM1.7 juta

10 Aug 2026 • 9:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis kini menerima 35 laporan daripada mangsa yang mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM1.7 juta susulan kes hutang duit kutu yang membabitkan seorang wanita yang telah ditahan.

Image from: Polis terima 35 laporan, pasangan suami isteri tipu hutang kutu bernilai RM1.7 juta

Memetik laporan Berita Harian,  Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata kesemua laporan itu dibuat oleh individu berusia antara 23 hingga 53 tahun.

Menurutnya, siasatan terhadap kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes itu mendapat perhatian selepas sepasang suami isteri bersama anak mereka dilaporkan hilang daripada kediaman di **Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.

Kehilangan mereka kemudian dilaporkan oleh bapa kepada wanita berkenaan yang berusia 62 tahun di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Isnin lalu, selepas usaha untuk mengesan anak perempuan, menantu dan cucunya itu tidak berhasil.

Image from: Polis terima 35 laporan, pasangan suami isteri tipu hutang kutu bernilai RM1.7 juta

Bagaimanapun, pasangan suami isteri berkenaan hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 1.50 pagi Khamis lalu.

Kedua-duanya kemudian direman selama empat hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Artikel lain: Suami isteri hilangkan diri dipercayai akibat hutang duit kutu, dijangka direman hari ini

Tempoh reman pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu bagaimanapun dilanjutkan dua hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes hutang duit kutu.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved