Polis Trafik Jaga Jalan, Bantu Anjing Liar Melintas Buat Ramai Terharu

Entertainment
9 Dec 2023 • 2:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang individu di Filipina baru-baru ini telah menjadi perhatian masyarakat di sana apabila dia dirakamkan telah membantu seekor anjing jalanan untuk melintas jalan dengan selamat.

Tindakannya membantu anjing itu telah sempat dirakam oleh orang awam yang kemudiannya telah memuat naik video kebaikannya itu di platform media sosial TikTok.

Dalam video yang berdurasi selama lapan saat itu, dapat dilihat seorang lelaki beruniform yang dipercayai seorang polis trafik telah mengangkat tangan kirinya sebagai tanda meminta pemandu kenderaan dan penunggang motosikal agar berhenti seketika untuk memberi laluan agar anjing tersebut boleh menyeberangi jalan.

Ini kerana dapat dilihat bahawa kawasan tersebut sesak dengan kenderaan dan jika anjing itu tidak dibantu, ia mungkin cedera akibat dilanggar mana-mana kenderaan yang tak perasan dengan kehadirannya di sekitar jalan tersebut.

image is not available

Selepas anjing itu berjaya sampai dengan selamat di seberang jalan, ia dilihat berpaling ke arah individu itu, seakan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah membantunya.

Kebaikan indivdu itu membantu haiwan tersebut juga telah menyebabkan ramai warganet di TikTok terharu.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.