Pos Malaysia tutup Pos Shop ketika kerugian suku ketiga meningkat kepada RM58.2 juta

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 11:17 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pos Malaysia tutup Pos Shop ketika kerugian suku ketiga meningkat kepada RM58.2 juta Image from: Pos Malaysia tutup Pos Shop ketika kerugian suku ketiga meningkat kepada RM58.2 juta sarah17/11/2026 - 11:17 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Nov - Pos Malaysia Bhd menutup operasi Pos Shop ketika kumpulan itu meneruskan penyusunan semula perniagaannya, dengan kerugian sebelum cukai meningkat kepada RM58.2 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026.

 

Menurut syarikat, penutupan Pos Shop turut melibatkan hapus kira aset, manakala kumpulan mencatatkan caj sekali sahaja tanpa aliran tunai berjumlah RM27.2 juta yang merangkumi beberapa pelarasan nilai aset.

 

Langkah itu berlaku ketika Pos Malaysia meneruskan usaha transformasi perniagaannya dengan memberikan tumpuan kepada penghantaran bungkusan, logistik, perkhidmatan penerbangan serta penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan operasi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, usaha transformasi syarikat terus menunjukkan perkembangan positif apabila semua segmen perniagaan mencatatkan pertumbuhan hasil, diterajui perniagaan kurier.

 

“Keutamaan kami adalah untuk terus meningkatkan kecekapan melalui pengurusan operasi yang berdisiplin serta memanfaatkan inovasi digital dan kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam kenyataan.

 

Hasil meningkat tetapi kerugian bertambah

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026, Pos Malaysia mencatatkan hasil RM501.2 juta, meningkat 8.3% berbanding tahun sebelumnya, namun kerugian sebelum cukai bertambah kepada RM58.2 juta daripada RM39.2 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

 

Bagaimanapun, selepas mengecualikan caj sekali sahaja RM27.2 juta itu, kerugian sebelum cukai asas kumpulan mengecil sebanyak 20.9% kepada RM31 juta, mencerminkan peningkatan prestasi operasi di sebalik cabaran penyusunan semula perniagaan.

 

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 pula, hasil kumpulan meningkat 8.2% kepada RM1.48 bilion, manakala kerugian sebelum cukai berkurangan kepada RM113.7 juta berbanding RM119.1 juta setahun sebelumnya.

 

Perniagaan logistik dan penerbangan terus berkembang

Segmen Pos Logistics mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 23.4% kepada RM202.3 juta bagi tempoh sembilan bulan, disokong perniagaan automotif, pengangkutan barang, perkapalan dan pergudangan, manakala hasil Pos Aviation meningkat 15.2% kepada RM323.7 juta berikutan pertambahan kargo, pergerakan penerbangan dan perkhidmatan katering dalam pesawat.

 

Pos Malaysia menjangkakan prestasi kewangan keseluruhan 2026 kekal mencabar walaupun permintaan penghantaran bungkusan dijangka meningkat menjelang akhir tahun, dengan pemulihan kumpulan turut bergantung kepada pelaksanaan rangka kerja pembiayaan Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO) yang berterusan.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved