Prestasi Deleum lebih lemah daripada jangkaan bagi 1HFY26 namun penganalisis kekal saran 'beli' saham

Business & Finance
28 Aug 2026 • 9:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Prestasi Deleum lebih lemah daripada jangkaan bagi 1HFY26 namun penganalisis kekal saran 'beli' saham Image from: Prestasi Deleum lebih lemah daripada jangkaan bagi 1HFY26 namun penganalisis kekal saran 'beli' saham amree28/08/2026 - 09:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 OgosDeleum Berhad berdepan cabaran ketara selepas prestasi pada separuh pertama tahun kewangan 2026 (1HFY26) lebih lemah dan tersasar daripada jangkaan, menurut penganalisis.

 

Mereka berpandangan penukaran tempahan kerja yang lebih perlahan serta tekanan margin menjejaskan keuntungan syarikat penyedia perkhidmatan dan peralatan sektor minyak dan gas (O&G) tersebut.

 

Bagaimanapun firma penyelidikan berkenaan masih mengekalkan saranan 'beli', tetapi kedua-duanya bertindak menurunkan unjuran pendapatan dan harga sasaran (TP) susulan prestasi 6MFY26 yang lemah.

 

AmInvest menyifatkan prestasi Deleum memerlukan 'penetapan semula', dengan keuntungan bersih teras 1H26 sebanyak RM20 juta, susut 39% tahun ke tahun (YoY) hanya memenuhi 26% daripada unjurannya.

 

"Pendapatan pula merosot 10%, manakala keuntungan segmen menyusut lebih ketara sebanyak 45% akibat tekanan margin, dengan segmen Power & Machinery (P&M) menjadi punca utama kelemahan," katanya.

 

Keuntungan Oilfield Integrated Services (OIS) pula turun 36% disebabkan aktiviti operasi lebih lemah, dan firma itu mengurangkan unjuran pendapatan FY26 hingga FY28 sebanyak 46%, 19% dan 16%.

 

Ujar AmInvest, buku tempahan Deleum namun kekal kukuh RM2.39 bilion, terdiri daripada RM1.52 bilion dalam P&M dan RM869 juta dalam OIS, yang dilihat mampu menyokong pemulihan pendapatan. 

 

Deleum_DagangNews2026

 

Penukaran buku tempahan kepada hasil pula dijangka lebih perlahan daripada unjuran berikutan peralihan pengendalian aset huluan yang mengganggu sementara aktiviti lapangan dan program kerja.

 

"Justeru kami mengekalkan saranan tetapi menurunkan TP kepada RM1.30 daripada RM1.60, dan melihat kelemahan semasa melibatkan kelewatan penukaran tempahan berbanding kemerosotan prospek," katanya.

 

Sementara itu, MBSB Research turut mengekalkan saranan, namun menurunkan TP kepada RM1.22 daripada RM1.65 selepas pendapatan teras Deleum pada 6MFY26 hanya 29% daripada unjurannya sendiri.

 

Katanya, keuntungan teras merosot 31% berikutan prestasi operasi lebih lemah dalam semua segmen, perubahan campuran jualan kepada produk bermargin rendah, dan kerugian rosot nilai penghutang.

 

Dalam segmen P&M, pendapatan susut 11% kepada RM264 juta, manakala segmen OIS pula mencatatkan hasil lebih rendah 6% kepada RM112 juta, susulan prestasi bercampur dalam aktiviti perkhidmatan.

 

"Risiko utama Delum ialah permintaan aktiviti huluan pada masa depan, khususnya ketika peralihan pengendali aset di Malaysia menyebabkan isu gangguan serta kelewatan kerja," kata MBSB Research.

 

Firma itu menjangkakan aktiviti akan pulih apabila proses peralihan semakin stabil, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap penyelenggaraan, servis peralatan, dan intervensi telaga. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved