PRN Melaka: Pas tidak perlu terburu-buru, serah agihan kerusi kepada pucuk pimpinan parti - Annuar Musa

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 4:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Pas tidak perlu terburu-buru, serah agihan kerusi kepada pucuk pimpinan parti - Annuar Musa
Annuar Musa

SHAH ALAM - Pas menyerahkan segala keputusan mengenai agihan kerusi yang akan dipertandingkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 kepada pucuk pimpinan parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia susulan pengisytiharan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang mahu bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu untuk mereka.

Menurutnya, hanya tinggal satu atau dua kerusi saja untuk parti-parti lain.

"Bagi Pas, tidak perlu terburu-buru.

"Bagi Perikatan Nasional (PN), saya percaya kita akan berbincang terlebih dahulu. Tidak perlu mendahului perundingan," katanya menerusi hantaran Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, kesemua 21 kerusi yang dimenangi BN di DUN Melaka sebelum ini akan dipertahankan pada PRN ke-16 tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain menyifatkan momentum 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan dijangka terus mara ke Melaka.

Tambah Annuar, jentera dan Jabatan Pilihanraya Pas akan membuat kajian sentimen rakyat.

"Kita amat menghargai aspirasi rakyat Melaka.

"Amatlah perlu kita cermat membuat perhitungan dan tidak mudah lupa dengan kejayaan yang sudah dicapai.Ia sebahagian dari ujian buat kita semua," ulasnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved