Proses kiraan undi awal PRN Negeri Sembilan hanya dilaksana pada 1 Ogos - SPR

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Proses kiraan undi awal PRN Negeri Sembilan hanya dilaksana pada 1 Ogos - SPR
Poster infografik memaparkan PN mendahului undi awal bagi PRN Negeri Sembilan yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar. Foto FB SPR

SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengiraan undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung semalam hanya akan bermula pada 5 petang, Sabtu ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, SPR menjelaskan sebuah poster infografik memaparkan Perikatan Nasional (PN) mendahului undi awal bagi PRN berkenaan yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar.

"Proses kiraan pengundian awal PRN Negeri Sembilan hanya akan bermula pada 5 petang, 1 Ogos 2026 selepas selesai urusan pengundian biasa,” menurut hantaran itu. 

SPR turut menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih berhubung keputusan pilihan raya.

"Elakkan daripada menyebar atau mempercayai sebarang maklumat palsu kerana ia menjejaskan kelancaran proses pilihan raya,” menurut hantaran tersebut.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan semalam melibatkan secara keseluruhan seramai 22,339 pemilih dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan serta 5,174 polis dan pasangan manakala selebihnya mengundi secara pos.

Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mereka sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan SPR.

Pada Sabtu ini, sebanyak 867,151 pemilih biasa akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu, yang menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved