Prosiding tataterbit kebebasan bersuara universiti awam dihentikan

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 10:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Prosiding tataterbit kebebasan bersuara universiti awam dihentikan

PUTRAJAYA – Semua prosiding tatatertib berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di semua universiti awam hendaklah dihentikan berkuat kuasa serta-merta, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT memaklumkan bahawa ketetapan itu adalah langkah segera untuk memperluas kebebasan bersuara dan hak berpersatuan mahasiswa seiring dengan penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 13 berkaitan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) (AUKU).

Sehubungan itu, KPT menerusi satu kenyataan hari memaklumkan pihaknya juga meneliti langkah yang boleh dilaksanakan dalam kerangka perundangan sedia ada bagi menterjemahkan penegasan tersebut dengan segera.

Beberapa peruntukan dalam AUKU serta Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang mengehadkan kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berpersatuan telah dikenal pasti untuk dikecualikan daripada pemakaian sebagai langkah pelaksanaan segera.

Antaranya kebebasan pengurusan persatuan dan kelab, kebebasan pengurusan aktiviti pelajar, dan kebebasan bersuara, berhimpun, penggunaan platform komunikasi, pengedaran serta penerbitan dokumen.

“Pada masa yang sama, kebebasan tersebut perlu bergerak seiring dengan tanggungjawab dan keluhuran undang-undang.

“Perbuatan yang melibatkan keganasan, vandalisme, kerosakan harta, kesalahan jenayah, salah laku akademik atau pelanggaran tatatertib yang sah tetap tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

KPT juga memaklumkan, bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara yang tidak tertakluk kepada AUKU, penelitian sama akan dilaksanakan terhadap peruntukan masing-masing yang berkaitan mahasiswa agar selaras dengan langkah pembaharuan dilaksanakan di bawah AUKU. – Bernama

The post Prosiding tataterbit kebebasan bersuara universiti awam dihentikan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved