Prospek pembuatan dandang BM Greentech suram, tumpuan terarah kepada usaha penanaman semula sawit - penganalisis

LocalBusiness & Finance
22 Aug 2025 • 4:39 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Prospek pembuatan dandang BM Greentech suram, tumpuan terarah kepada usaha penanaman semula sawit - penganalisis

image is not available

22/08/2025 - 16:39

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Prospek pembuatan dandang (boiler) BM Greentech dilihat kurang memberangsangkan dalam tempoh terdekat berikutan kebimbangan berterusan terhadap harga minyak sawit mentah kekal (MSM) mendatar, menurut penganalisis.

Kenanga Research berkata, kebanyakan syarikat kini menangguhkan usaha pelaburan bagi menggantikan atau menaik taraf dandang sedia ada kerana tumpuan lebih terarah kepada usaha penanaman semula pokok sawit yang dilihat sebagai strategi penting dalam meneruskan kelangsungan hasil dalam tempoh jangka panjang.

Katanya, situasi itu memberi tekanan kepada kumpulan yang selama ini bergantung pada peningkatan permintaan daripada kilang sawit untuk perolehan dandang baharu atau naik taraf sistem tenaga biojisim mereka.

"Bagaimanapun, BM Greentech kekal optimis terhadap segmen tenaga solar yang menunjukkan momentum pertumbuhan kukuh, terutamanya selepas pengambilalihan syarikat PXH baru-baru ini.

"Segmen ini dijangka terus berkembang sejajar dengan sasaran kerajaan untuk menjadikan tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 70% dalam campuran penjanaan tenaga menjelang 2050, seperti yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)," katanya dalam satu nota kajian.

Sementara itu, Phillip Capital berkata, pendapatan 1QFY26 susut 28% dari suku tahun ke suku tahun kepada RM128 juta, selepas mencatatkan suku tertinggi sebelum ini, berikutan kelewatan dalam penyerahan projek merentasi semua segmen disebabkan oleh masa pengiktirafan yang berbeza.

Bagaimanapun katanya, margin perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat sebanyak 0.3 mata peratusan kepada 13.8% disebabkan pengurangan sumbangan daripada segmen solar yang kebiasaannya mencatat margin lebih rendah.

Firma penyelidikan itu berkata, kadar cukai efektif yang lebih rendah turut membantu mengurangkan kesan ke atas penurunan keuntungan bersih.

"Kami menjangkakan momentum pendapatan yang lebih kukuh apabila kemajuan projek CGPP (Program Tenaga Hijau Korporat) meningkat, disertai dengan peluang baharu dalam rawatan air untuk memenuhi permintaan air industri yang semakin meningkat daripada pusat data," katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga saranan (TP) RM2.70 manakala Kenanga Research memberikan saranan "market perform" dengan TP RM1.72 sesaham.- DagangNews.com

standard