‘PRU-16 perlu disegerakan, ini kehendak rakyat’ – Zahid

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 3:41 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Persidangan UMNO dan menggesa PRU-16 disegerakan

“Gelombang biru bukan hanya untuk menjadikan UMNO sebagai pelengkap kerajaan,” tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Zahid, Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) perlu disegerakan kerana ia merupakan detik penentuan bagi UMNO untuk mendapatkan semula mandat rakyat dan kembali memainkan peranan utama dalam kepimpinan negara.

“Justeru, telah tiba masanya PRU-16 disegerakan. Ini bukan desakan. Ini bukan harapan. Ini kehendak rakyat,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa UMNO perlu diberikan peluang untuk kembali menerajui kepimpinan negara, sambil menggesa anggota parti supaya bersedia menghadapi persaingan politik pada PRU-16.

“Cukup-cukuplah, bagi peluang kami pula. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang kita telah berlawan, kita lawan,” katanya.

Baca juga:
Strategi dan peraturan

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa kemenangan tidak akan hadir dengan sendiri, sebaliknya memerlukan strategi serta peraturan yang mengambil kira realiti politik di lapangan.

Katanya, sepanjang 80 tahun UMNO berperanan sebagai sebuah parti politik, parti itu tidak pernah meminggirkan masyarakat lain dan terus mempertahankan asas ketatanegaraan negara.

Zahid turut menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersikap adil kepada semua rakyat Malaysia, selain melihat perjuangan parti itu selari dengan kecenderungan dunia yang kini kembali memberi perhatian kepada akar, identiti, kedaulatan dan rasa memiliki.

The post ‘PRU-16 perlu disegerakan, ini kehendak rakyat’ – Zahid appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved