Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ternyata meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia apabila pusaranya masih tidak putus-putus diziarahi orang ramai.
Menerusi perkongsian di media sosial, ada individu yang sanggup singgah ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya seawal pagi sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.
Advertisement
Ada Yang Sebak Sambil Baca Yasin
Suasana di sekitar pusara Allahyarhamah turut dilihat cukup sayu apabila pengunjung meluangkan masa membaca surah Yasin, berdoa dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah.
Ada juga pengunjung yang dilihat menyiram air serta menaburkan bunga di atas pusara sebagai tanda penghormatan.
“Dalam perjalanan pergi pejabat pagi tadi singgah kejap ke pusara Tun Hasmah. Ada yang sudah di situ seawal pagi. Ada yang menangis sendu sedan sambil baca Yasin.”
Difahamkan, Pusara Negara turut dibuka kepada orang awam yang mahu datang menziarahi Allahyarhamah.
View on Threads
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Meskipun telah pergi buat selama-lamanya, jasa, sumbangan dan kenangan yang ditinggalkan Allahyarhamah pastinya akan terus dikenang oleh rakyat Malaysia.
Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dikurniakan husnul khatimah. Al-Fatihah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Belanja 'Squishy' RM12K Untuk Kanak-Kanak, Pempengaruh Abiejam Kesal Komen Zila Bakarin - "Tutup Kepala Saja Tak Cukup, Mulut Pun Kena Jaga"
The post Pusara Tun Dr Siti Hasmah Tak Putus Diziarahi, Orang Ramai Hadir Seawal Pagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] Tun Siti Hasmah nyanyi lagu Enjit-Enjit Semut tenangkan pesakit](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-01-at-12.55.00-PM-1024x630.jpeg)



