Quill, China Mobile International teroka peluang pendigitalan AI dan pembangunan pusat data

LocalTechnology
25 Sep 2026 • 11:10 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Quill, China Mobile International teroka peluang pendigitalan AI dan pembangunan pusat data Image from: Quill, China Mobile International teroka peluang pendigitalan AI dan pembangunan pusat data amree25/09/2026 - 11:10 [DARI kiri] Jennifer Low dan Adelyn Ong memeterai MoU antara Quill Group dan China Mobile International. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 25 Sept — Quill Group of Companies dan China Mobile International (Malaysia) Sdn Bhd meneroka peluang pendigitalan kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan pusat data (DC) di Malaysia, susulan peningkatan keperluan infrastruktur digital.

 

Kerjasama itu dilihat membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk mengenal pasti projek serta model perkongsian yang sesuai dalam sektor DC, selain meneroka peluang pelanggan di Malaysia yang berpotensi memerlukan pelbagai kemudahan dan rumusan digital bersepadu.

 

Usaha berkenaan turut menggabungkan pengalaman Quill dalam pembangunan hartanah, pembinaan, DC dan kemudahan berteknologi tinggi bersama-sama dengan kepakaran China Mobile International dalam aspek kesalinghubungan, perkhidmatan awan, DC dan rumusan digital.

 

"Bagi Quill, langkah berkenaan turut memperluas pengalaman kumpulan dalam sektor DC yang bermula sejak 2002 apabila menjadi antara pelopor pembangunan di Cyberjaya, yang ketika itu merupakan hab teknologi tinggi di Koridor Raya Multimedia (MSC)," jelasnya dalam kenyataan.

 

Memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani pengasas Quill Group, Datuk Dr Jennifer Low serta Pengarah Urusan China Mobile International, Malaysia dan Pengarah Perniagaan Mudah Alih, Asia Pasifik, Adelyn Ong, pada acara iSolution AI Digitalisation: Align and Reconnect 2026 di ibu negara.

 

Menerusi kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan meneroka pelbagai projek berpotensi, model perkongsian serta peluang pelanggan yang bersesuaian di Malaysia, dengan perbincangan lanjut akan dimulakan selepas pemeteraian MoU.

 

Perniagaan Berasaskan Teknologi Lebih Memahami Keperluan

Tambah Quill, pengalaman kumpulan tersebut dalam isu pembangunan kemudahan khusus untuk perniagaan berasaskan teknologi membolehkannya lebih memahami keperluan operasi dan teknologi pelanggan ketika membangunkan apa-apa fasiliti.

 

"Sementara itu, China Mobile International membawa kepakaran dalam kesalinghubungan, perkhidmatan awan, DC dan rumusan digital, sekali gus melengkapkan keupayaan Quill sendiri dalam pembangunan infrastruktur fizikal," jelas kumpulan berkenaan.

 

Dalam pada itu, Jennifer berkata kerjasama itu menggabungkan pengalaman pembangunan Quill dengan keupayaan digital China Mobile International bagi mengenal pasti peluang praktikal yang boleh mewujudkan nilai kepada perniagaan di Malaysia.

 

Perkembangan itu hadir ketika Malaysia dan China terus memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam perdagangan, teknologi, ekonomi digital dan infrastruktur, manakala DC semakin menjadi infrastruktur penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital.

 

Selepas pemeteraian MoU, Quill dan China Mobile International akan menilai peluang yang sesuai serta kemungkinan pelan pelaksanaan. Bagaimanapun, sebarang projek khusus atau pengaturan komersial masih tertakluk kepada penilaian lanjut dan perjanjian berasingan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved