R. Madhavan bangga anak beraksi pada Sukan Asia Tokyo

26 Sep 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: R. Madhavan bangga anak beraksi pada Sukan Asia Tokyo

PELAKON R. Madhavan berbangga apabila anak lelakinya, Vedaant Madhavan, berjaya melangkah ke pentas Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun sebagai wakil India dalam acara renang.

Vedaant, 21, dipilih menyertai skuad renang India untuk temasya berkenaan dan beraksi dalam acara 200 meter gaya bebas, 200 meter kuak lentang serta 4×200 meter gaya bebas lelaki.

Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan Vedaant tidak sekadar dikenali kerana statusnya sebagai anak kepada pelakon popular berkenaan, sebaliknya membina reputasi sendiri menerusi dunia sukan.

Menariknya, Vedaant juga pernah memenangi lima pingat emas pada Terbuka Malaysia 2023, sekali gus memperlihatkan potensinya untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia pada 21 September lalu, Vedaant turun bersama Sajan Prakash, Dhakshan Shashikumar dan Aneesh Sunil dalam acara 4×200 meter gaya bebas lelaki.

Kuartet India itu bagaimanapun terlepas peluang ke final selepas menamatkan saingan kelayakan di tempat kesembilan daripada 13 pasukan dengan catatan 7 minit 24.32 saat.

Vedaant bagaimanapun tidak melihat keputusan tersebut sebagai pengakhiran perjuangannya, manakala Madhavan sebagai bapa sememangnya terbuka dan sangat menyokong perjalanan Vedaant dalam dunia sukan.

The post R. Madhavan bangga anak beraksi pada Sukan Asia Tokyo appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved