Sukan Asia: Rui Jie-Nurqayyum raih gangsa

26 Sep 2026 • 1:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Rui Jie-Nurqayyum raih gangsa

KUALA LUMPUR – Gandingan muda negara, Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim mengubat kekecewaan kem terjun negara apabila menghadiahkan pingat gangsa acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.

Kedua-dua penerjun berusia 20 tahun itu mempamerkan aksi kemas dan tenang untuk mengumpul keseluruhan 345.81 mata, sekali gus memastikan Malaysia membuka akaun pingat dalam saingan terjun temasya kali ini.

Rui Jie-Nurqayyum mula mengukuhkan kedudukan dalam kelompok tiga terbaik bermula terjunan ketiga sebelum mengekalkan rentak konsisten sehingga tamat saingan untuk memastikan gangsa menjadi milik mereka.

Pencapaian itu turut menyamai keputusan Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang yang meraih pingat gangsa dalam acara sama pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Pingat emas menjadi milik pasangan China, Wang Zongyuan-Zheng Jiuyuan yang berada dalam kelas tersendiri selepas mengumpul 465.87 mata, manakala wakil tuan rumah, Senri Ikuma-Suyama Haruki meraih perak dengan 355.56 mata.

Kejayaan Rui Jie-Nurqayyum hadir tepat pada masanya untuk membangkitkan semula semangat kem negara selepas ratu berpengalaman, Datuk Pandelela Rinong bersama Nur Eilisha Rania Abrar Raj terlepas podium acara 10m platform seirama wanita sebelah pagi.

Pandelela-Nur Eilisha mengumpul 247.29 mata untuk menduduki tempat keempat, manakala pasangan Korea Selatan, Kim Na Hyun-Moon Na Yun meraih gangsa dengan 276.90 mata.

Emas acara tersebut menjadi milik gandingan China, Chen Yu Xi-Lu Wei dengan 347.82 mata, manakala pasangan Korea Utara, Jo Jin Mi-Kim Mi Rae membawa pulang perak selepas mengumpul 317.64 mata. KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: Rui Jie-Nurqayyum raih gangsa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved