Rais tiba ke mahkamah, dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 9:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rais tiba ke mahkamah, dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan

MELAKA: Pengerusi Parti Wawasan Negara, Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini, dijangka bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan.

Mohd Rais tiba kira-kira 8.40 pagi dengan diiringi isteri, Puan Sri Masnah Muhamat dan anaknya, Danni Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Dia dijangka dituduh di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Pada 30 Julai lepas, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan kepada Rais berkuat kuasa serta merta.

Pendaftar Darjah Datuk Moha Zafir Ibrahim dipetik sebagai berkata Tuanku Muhriz menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang dikurniakan pada 2001 dan 1979.

Beliau dilaporkan sebagai berkata keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan.

Mohd Rais pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978 hingga 1982.-BERNAMA

The post Rais tiba ke mahkamah, dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved