Rais Yatim Tiba Di Mahkamah, Berdepan Pertuduhan Akta Hasutan Berkait Krisis Institusi Diraja

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka pagi ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan.

Menurut laporan Kosmo, Rais tiba kira-kira pukul 8.40 pagi, ditemani isterinya, Puan Sri Masnah Muhamat serta anaknya, Danni Rais, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Kes berkenaan dijadualkan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Ayer Keroh, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Kes Rais Yatim dikaitkan dengan kemelut Institusi Diraja Negeri Sembilan

Image from: Rais Yatim Tiba Di Mahkamah, Berdepan Pertuduhan Akta Hasutan Berkait Krisis Institusi Diraja

Pertuduhan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan majlis yang memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lalu.

Sebelum ini, kesahihan pemasyhuran berkenaan dipertikaikan, manakala Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Berdepan Akta Hasutan

Image from: Rais Yatim Tiba Di Mahkamah, Berdepan Pertuduhan Akta Hasutan Berkait Krisis Institusi Diraja

Menurut laporan semasa, Rais dijangka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Peruntukan itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Butiran penuh pertuduhan akan diketahui selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.

Nota Oh! Media:
Apa juga pertuduhan yang dihadapi seseorang perlu melalui proses mahkamah. Kita tunggu fakta dan keputusan rasmi daripada mahkamah sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Rais Yatim Tiba Di Mahkamah, Berdepan Pertuduhan Akta Hasutan Berkait Krisis Institusi Diraja appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved