
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dunia kanak-kanak sememangnya penuh dengan imaginasi dan hiburan.
Pada fasa inilah, kebanyakan mereka lebih gemar menghabiskan masa untuk bermain terutama dengan rakan sebaya.
Ia juga merupakan fasa yang terbaik buat si cilik untuk meneroka perkara baharu dalam kehidupan seharian.
Kadangkala, ada arahan ibu bapa sukar untuk dipatuhi oleh golongan ini dek kerana sikap mereka yang mudah leka dan hanya mahu bermain.
Baru Umur 10 Tahun Tapi Budak Lelaki Ini Dah Pandai Rakam Video Majlis Perkahwinan
Jika kanak-kanak lain masih lagi dalam dunianya tersendiri, lain pula dengan seorang kanak-kanak lelaki ini yang berjaya mencuri perhatian ramai.
Semuanya gara-gara kemahiran si cilik tersebut merakam momen bahagia di sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @adilashahida, wanita berkenaan telah memuat naik hasil air tangan anak sulungnya yang dikenali sebagai Amir Arsyad.
Melalui perkongsian itu, Amir dilihat begitu bersahaja merakam setiap momen bahagia di majlis perkahwinan tersebut menggunakan kamera DJI Osmo Pocket 3.
Malah, dia langsung tidak kekok apatah lagi malu ketika melakukan tugasan itu. Dapat dilihat dia sendiri berjalan berhampiran laluan ke pelamin dan merakam momen ketika perarakan masuk.
Tidak hanya itu, Amir juga merakam suasana persekitaran sewaktu majlis berlangsung antaranya seperti upacara memotong kek.
Hasil air tangan kanak-kanak tersebut amat mengagumkan seolah-olah seperti dilakukan oleh jurugambar profesional.
Mahir Rakam Video Hasil Didikan Ibu Bapa
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Adila kepada BuzzKini, anaknya itu pandai merakam video selepas belajar daripada suaminya yang juga merupakan seorang jurugambar dan juruvideo bebas.
Bakat anaknya itu mula diasah selepas si cilik berkenaan asyik meminta telefon bimbit untuk bermain.
Risau dengan sikap anaknya itu, suaminya terus menetapkan syarat iaitu kanak-kanak itu perlu menyiapkan tugasan dengan menghasilkan satu video termasuk yang telah siap disunting sebelum bermain telefon bimbit.
Jelas Adila lagi, video yang dimuat naik itu sememangnya 100% dirakam mengikut kreativiti anaknya sendiri tanpa bantuan dan arahan si bapa.
Bila anak duk selalu tengok abah dia buat keje, dia pun nak try jugak. Hasil guna DJI Osmo Pocket 3. Cantik kan? Sumpah serius berbaloi. Nak tengok camne rupa? Dapat apa? Nak beli jugak? Meh klik kat sini @ByAdilaShahida
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Kagum Lihat Video Hasil Rakaman Kanak-Kanak
Video yang telah mendapat lebih 482,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan teruja melihat video kreatif hasil air tangan kanak-kanak berkenaan yang sama seperti jurugambar perkahwinan profesional.
Malah, ada juga yang memuji Adila dan suami kerana mendidik anaknya dengan cara sebegitu dan mahu mereka terus menyokong minat kanak-kanak berkenaan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Semoga Jadi Videographer Yang Berjaya Macam Sofyank”

“Lagi Cantik Dari Video Kahwin Saya, Video Kahwin Saya Macam Video TikTok, Bayar Mahal Hasil Kelaut”

“Kasi Asah Lagi Bakat Adik Ini & Support Dia, Insya-Allah Dia Boleh Pergi Jauh”

“Love Betul Result Dia”

“Not Bad Hasil Kerjanya, Polish Lagi Insya-Allah Makin Superb Nanti Dik”

Baca Artikel Berkaitan: Kecil-Kecil Cili Padi! Si Cilik 2 Tahun Berjaya Cipta Nama Di Kejohanan Pushbike Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Dari Suka ‘Ganggu’ Abang Main Catur Kini Ke Pentas Dunia, Budak 7 Tahun Dah Berjaya Kumpul Lebih 60 Pingat & Piala
Source:


![Tular Naik Skuter Eletrik Bertiga, JPJ Melaka Cari YouTuber [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
![Tular Pemandu Vellfire Plat Singapura Bergaduh Di JB, Anak Tampil Kongsi Apa Yang Terjadi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)