
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Peningkatan kes jenayah di sesebuah negara pastinya menjadi suatu kebimbangan kerana akan memberi kesan yang sangat buruk.
Susulan itu, pihak berkuasa sentiasa berusaha dalam menangani isu jenayah di negara masing-masing agar ia tidak terus berleluasa demi keselamatan rakyat.
Tidak dinafikan, sehingga hari ini, kes jenayah seperti merompak, bunuh dan bermacam lagi masih lagi berlaku di serata dunia termasuklah Malaysia.
Tular rakaman CCTV 2 individu cuba samun kedai runcit
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan cubaan dua lelaki merompak sebuah kedai runcit dipercayai di Kampung Padang Balang, Jalan Gombak.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kelihatan dua lelaki memakai topi keledar memasuki kedai berkenaan seperti pelanggan.
Salah seorang daripada mereka terus menghampiri kaunter dan menyerang seorang lelaki dipercayai pemilik kedai runcit tersebut dengan menggunkan ‘stun gun’.
Gagal rompak selepas pemilik kedai terus keluarkan parang
Bagaimanapun, serangan kedua-dua invidu itu gagal selepas lelaki terbabit mengeluarkan sebilah parang untuk mempertahankan dirinya.
Keadaan di dalam kedai runcit tersebut menjadi tegang selepas kedua-dua pihak pada awalnya dilihat tidak mengalah untuk saling menyerang.
Namun, penyamun-penyamun itu akhirnya bertindak melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal selepas melihat keberanian lelaki itu yang tetap mempertahankan kedainya daripada disamun.

Untuk tonton video klik [DI SINI]
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh serta waktu semasa kejadian tersebut berlaku dan semakan kami mendapati setakat ini tiada sebarang kenyataan media oleh pihak berkuasa berhubung insiden itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.
Ada yang berpuas hati dengan tindakan pekerja kedai tersebut yang tidak mengalah dan berjaya menghalang kedua-dua lelaki itu daripada merompak.
“Suka tengok cara dia mempertahankan diri”

“Kedai kena standby sebilah parang juga”


![“Macam Shopping Dia Buat” – Wanita Didakwa Curi Parcel Di Sebuah Kondominium Di KL [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Termasuk Jalan Mati, Tular Rakaman CCTV Pencuri Kelisa Berjaya Dicekup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![“Saya Tak Sebut Premium, Saya Kata Mahal”- Kieda Crepe Ulas Isu Tiramisu RM40 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)