Ramai Salute Kesabaran Peniaga Sabar Layan Wanita Selamba Masuk Kedai & Buang Sampah Merata [Video]

14 May 2025 • 10:43 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui setiap peniaga yang menjalankan perniagaan makanan pasti akan menjaga kebersihan di kawasan kedai atau premis mereka.

Perkara ini bukan sahaja disebabkan faktor kesihatan sebaliknya peniaga juga mahu kedai mereka kelihatan kemas dan menarik perhatian pelanggan untuk dikunjungi.

Walau bagaimanapun tanggungjawab untuk menjaga kebersihan di kawasan premis bukan sahaja terletak pada peniaga sebaliknya pelanggan juga perlu bersama-sama melakukannya dan tidak membuang sampah merata.

Wanita masuk kedai minuman, tak buat pesanan dan berkelakuan biadap

Baru-baru ini, seorang wanita telah menjadi perhatian ramai selepas dilihat berkelakuan biadap ketika masuk ke sebuah kedai minuman.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Jalil Coconut Shake di TikTok, awalnya kelihatan seorang wanita telah masuk ke kedai minuman peniaga ini yang terletak di Penang Sentral, Pulau Pinang.

Sebaik melihat wanita itu masuk ke kedai dan duduk di dalam kedainya, peniaga yang mesra dipanggil Mamu kemudian bertanya adakah dia ingin membuat pesanan?

Wanita itu kemudian menjawab dia akan membuat pesanan kemudian.

“Mamu pun ingat, okay lah dia mungkin penat kot. Mamu pun tunggulah, tunggu dia bawa keluar barang dia (keluarkan barang daripada beg galas), kibas dalam kedai Mamu. Mungkin dia simpan barang apa kot, benda tu pecah. Dia ambil dia kibas macam tu je.

“Mamu pun okay lah (sebab dia) pelanggan dah nak buat macam mana kan? Mamu pun sabar jelah dan tunggu. Lepas tu dia bangun keluar, dia tinggalkan beg pergi sebelah ke apa dan datang semula (ke kedai Mamu).

“Dia datang balik, dia duduk. Ingat nak pesan dah, tapi tak. Lepas tu dia minta ada beg plastik tak? Mamu pun kata ada, Mamu pun bagilah satu plastik beg dekat dia,” ujar peniaga itu.

Siap minta plastik percuma

Sewaktu mengambil beg plastik yang diberikan oleh peniaga tersebut, wanita itu turut mengatakan adakah itu sahaja saiz plastik yang ada? Mamu lalu menjawab hanya itu yang ada.

Tidak lama selepas itu dia dilihat kembali pada beg yang diletakkan di atas kerusi dan mengemas barang-barangnya di dalam kedai terbabit.

Peniaga terbabit dilihat dengan sabar hanya menunggu kerana menyangkakan wanita itu bakal membuat pesanan selepas selesai segala urusannya.

Selamba buang plastik dalam kedai dan kemas barang dalam beg

Namun apa yang mengejutkan ketika wanita itu sedang mengemas begnya, kelihatan dia dengan selamba membuang beg plastik di dalam kedai terbabit.

Malah wanita itu turut bertanya kepada peniaga itu dia mahukan satu lagi beg plastik, Mamu sekali lagi memberikan beg plastik yang diminta oleh wanita tersebut.

Selesai mengemas beg galasnya, wanita berkenaan kemudiannya mengambil beg dan keluar daripada kedai itu.

“Dia keluar, Mamu nak pergi ambil beg plastik (yang dibuang wanita terbabit) lepas tu dia datang balik. Lepas tu Mamu tanya dia, awak pesan di kedai sebelah lepas tu tunggu sini ke?

“Dia buat b*doh (buat tak tahu) dekat Mamu. Dia pandang Mamu semacam je, Mamu tanya balik ‘awak order di sebelah awak tunggu sini ke?’ Lepas tu dia ambil beg dia, dia pergi.

“Selepas dia keluar Mamu pergi periksa lah. Dia keluar, Mamu rakam video lepas tu terpaksalah kutip (plastik) buang. Nak buat macam mana kan. Bukan Mamu tak bagi nak tunggu dekat kedai Mamu ke apa beradab sikitlah kata ‘saya order sebelah, ramai sangat penat nak duduk kejap boleh?’.”

Peniaga kecewa tindakan wanita buang sampah dalam kedai dan tak beradab

Jelas peniaga itu, pelanggan berkenaan sepatutnya beradab dan tidak membuang sampah merata termasuklah mengibas barangan ketika berada di kedainya.

Kata peniaga itu, dia tahu kedai minumannya itu tidak mempunyai ramai pelanggan namun wanita berkenaan tidak wajar berkelakuan begitu.

Tonton video TikTok di sini.

Ramai tabik dengan kesabaran peniaga serta kecam tindakan wanita buang sampah

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kesabaran Mamu melayan kerenah wanita berkenaan.

Tidak kurang juga ramai yang mengecam wanita tersebut yang disifatkan tidak beradab kerana dengan selamba membuang sampah merata-rata.

Ada juga yang meminta peniaga tersebut sepatutnya mengenakan cas beg plastik yang diberikan kepada wanita berkenaan.

“Abang ni husnuzon tinggi betul”

image is not available

“Asbab kesabaran dan tahap husnuzon abang yang sangat tinggi ni. Kedai abang confirm laris lepas ni Amin.”

image is not available

“Support Mamu ni guys. Semoga dengan kesabaran Mamu akan dibalas setimpalnya. Rare betul”

image is not available

“Mamu kena tegas, baik biar bertempat. Mamu kena nasihat jangan buang sampah merata”

image is not available