7 Bulan Menanti, Wanita Akhirnya Dapat Kambing Perap Yang Dipesan Pada Oktober 2024

6 May 2025 • 3:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini harus diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian.

Jika dahulu, aktiviti membeli belah memerlukan individu untuk terus pergi ke kedai membeli barang malah transaksi juga dilakukan secara tunai.

Kini ia menjadi semakin mudah! Dengan hanya satu klik di hujung jari, pembelian boleh dibuat. Sebut sahaja jenis barang yang diingini, makanan, minuman malah perabot juga boleh dibeli secara dalam talian.

Namun, pembelian sebegini ada risikonya. Kadang kala, ada segelintir pembeli yang tidak dapat barang yang dipesan mengikut tempoh masa yang dijanjikan.

Beli Kambing Perap Pada Oktober 2024, Masih Tidak Dapat Sehingga Kini

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila kambing perap yang dibelinya secara dalam talian masih tidak diterima hingga kini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @sikin_sabani, dia meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan jenama kambing popular itu.

Melalui perkongsian tersebut, pelanggan berkenaan meminta agar pihak pengurusan jenama berkenaan mengambil tindakan terhadap pesanan yang dibuat olehnya pada Oktober 2024.

“Assalamualaikum, boleh tolong tengok kumpulan pengurusan penghantaran anda? Saya dah cukup sabar, walaupun offer untuk buat penghantaran ke alamat Kuala Lumpur saya tapi masih tiada jawapan,” katanya.

Difahamkan, pembelian bernilai RM219.90 itu dilakukan sewaktu jenama berkenaan baru sahaja berkolaborasi bersama seorang pelakon lelaki popular.

“Oleh kerana awak organisasi yang cukup besar dan terkenal, saya tidak akan halalkan duit saya dunia dan akhirat.

“Dari sebelum Ramadhan sampai dah habis Syawal ya. Please look into this or refund me back my money,” katanya.

image is not available

Staf Kambing Perap Hubungi Pelanggan, Akan Buat Semakan Pesanan

Terbaharu, wanita itu memaklumkan kakitangan jenama kambing perap berkenaan telahpun menghubunginya dipercayai selepas isu itu tular.

Malah, dia menjelaskan akan mengemas kini pesanan sebaik sahaja produk berkenaan dihantar ke alamat yang diberikan.

“Alhamdulillah terima kasih semua. Staf telah menghubungi saya. Bila ia telah dihantar ke alamat Kuala Lumpur, saya akan update lagi.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi membantu, semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Kambing Perap Selamat Dihantar Ke Rumah Wanita Di Kuala Lumpur

Dalam hantaran terkini, wanita berkenaan mendedahkan kambing perap berkenaan telah selamat diterima oleh ahli keluarganya yang tinggal di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian tersebut, beberapa bungkusan produk berkenaan telah dihantar.

Malah, pelanggan itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada staf kambing perap yang dikenali sebagai Akmal Izwan atas tindakan pantas yang diberikan.

Ramai Terkejut Jenama Kambing Popular Buat Pelanggan Begitu, Ada Yang Terima Nasib Sama

Hantaran itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ada yang mencadangkan agar pihak kambing perap terkenal itu menaik taraf dan memperbaiki sistem pesanan mereka.

Ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang memandangkan sebelum ini ada beberapa netizen yang mendakwa berdepan perkara sama.

Pada masa yang sama, ada yang mempersoal tindakan jenama berkenaan yang hanya mengambil tindakan selepas ia ditularkan.

Namun begitu, ada yang berpendapat mungkin berlaku salah faham memandangkan selama ini proses penghantaran ketika dibeli berjalan lancar.

Ini antara komen menarik warga Threads:

“Kena Generate New Email Untuk Complain & Feedback Sahaja, Senang Nak Kawal”

image is not available

“Peliknya, Company Well Known, Selalu Ada Promotion, Tapi Kenapa Management Untuk Product Purchase Macam Tak De Sistem Betul”

image is not available

Source: