Rayuan akhir sabitan Da’i Syed akan diputuskan ke tarikh lain

3 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rayuan akhir sabitan Da’i Syed akan diputuskan ke tarikh lain

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini menetapkan satu tarikh lain bagi keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan atas kesalahan merogol tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah yang mengetuai panel tiga hakim menetapkan tarikh lain itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak hari ini.

“Kita akan menetapkan satu tarikh lain bagi keputusan rayuan. Mahkamah menetapkan 17 Ogos ini bagi pengurusan kes,” kata Hakim Azman.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.

Semasa prosiding, peguam Datuk M. Athimulan yang mewakili Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, selaku perayu berhujah Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam mensabitkan perayu selain dapatan melabelkan mangsa sebagai seorang wanita naif.

Katanya, dapatan itu bercanggah dengan keterangan pengadu yang mengatakan dia seorang dewasa matang dan mampu menjaga keselamatannya sendiri.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim menafikan bahawa perbuatan (seks) itu dibuat dengan kerelaan sebaliknya ia dibuat tanpa persetujuan dan kerelaan mangsa.

Turut hadir dalam prosiding itu keluarga Da’i Syed serta isterinya Hana Ismail, 40.

Sebelum ini pada 14 Februari lalu, selepas 21 hari berada dalam penjara Da’i Syed, yang sedang menjalani hukuman atas kesalahan itu merogol dibebaskan sementara oleh Mahkamah Rayuan di sini.

Ia berikutan apabila panel tiga hakim diketuai Datuk Azmi Ariffin secara sebulat suara membenarkan permohonan Da’i Syed untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Azmi ketika itu berkata antara alasan Mahkamah Rayuan membenarkan penggantungan perlaksanaan hukuman kerana pemohon tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan sama ada di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Selain itu tiada keterangan yang menunjukkan pemohon pernah melarikan diri ataupun menghilangkan diri dari menghadiri prosiding.

Kemudian pada 23 Januari lalu, Dae’i Syed diperintah ke penjara Kajang serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu dan selain penangguhan hukuman tidak dibenarkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas meneliti hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dalam permohonan rayuan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed.

Dalam penghakiman Mahkamah Tinggi berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam keputusan sebelum ini dengan pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Berikutan tidak dapat penangguhan hukuman, Da’i Syed kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 26 Januari lalu bagi penangguhan pelaksanaan hukuman.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini pukul 1.35 pagi 11 September 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

The post Rayuan akhir sabitan Da’i Syed akan diputuskan ke tarikh lain appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved