RCI TH : Bekas CEO, CFO badan berkanun ditahan SPRM

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 10:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH : Bekas CEO, CFO badan berkanun ditahan SPRM

PETALING JAYA : Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) syarikat milik badan berkanun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki telah menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham membabitkan dua buah syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Tangkapan ini adalah susulan daripada siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.

Menurut sumber, kedua mereka berusia 68 dan 60 tahun telah ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Walau bagaimanapun katanya, kedua mereka telah dibebaskan malam tadi atas faktor kesihatan.

“Mereka akan hadir semula ke SPRM pada pukul 10 pagi ini bagi disambung rakaman percakapan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semalam, seorang pengarah syarikat reka bentuk diran kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) badan berkanun bernilai kira-kira RM300,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek-projek ubah suai di badan berkanun tersebut.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan pukul 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2014 hingga 2018.

Suspek dipercayai telah memberi rasuah dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO tersebut yang jumlah keseluruhannya bernilai kira-kira RM300,000. – UTUSAN

The post RCI TH : Bekas CEO, CFO badan berkanun ditahan SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved