RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan beli saham RM370 juta

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 7:13 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan beli saham RM370 juta

PUTRAJAYA: Seorang individu lelaki iaitu bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung lebih enam jam.

Bagaimanapun hanya bekas CFO yang hadir manakala bekas CEO tidak hadir atas faktor kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan tersebut telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 10.30 pagi, semalam.

“Hari ini (semalam) merupakan hari kedua rakaman percakapan individu ini diambil selepas dibebaskan kelmarin.

“Rakaman percakapan terhadap individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang se­dang dijalankan berhubung ha­sil penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan selesai kira-kira pukul 5 petang,” katanya.

Tambah beliau, rakaman per­cakapan akan bersambung pukul 10 pagi ini.

Kelmarin, seorang CEO dan bekas CFO syarikat milik badan berkanun ditahan semasa hadir ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

Dua individu masing-masing berusia 68 dan 60 tahun disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Menurut sumber SPRM, ke­dua-dua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketika penahanan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tangkapan itu susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lalu. –UTUSAN

The post RCI TH: Bekas CFO dirakam percakapan beli saham RM370 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved