RCI TH: Reman bekas menteri kes disambung dua hari

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Reman bekas menteri kes disambung dua hari

KUALA LUMPUR – Tempoh reman seorang bekas menteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi, disambung dua hari.

Menurut sumber, perintah reman bermula esok hingga Selasa terhadap lelaki berumur lingkungan 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Media sebelum ini melaporkan bekas menteri itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di SPRM dan direman lima hari bermula dari Rabu lepas hingga hari ini.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat. – BERNAMA

The post RCI TH: Reman bekas menteri kes disambung dua hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved