'Saya cuba selamatkan dia' - Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Klebang

2 Sep 2026 • 7:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya cuba selamatkan dia' - Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Klebang
Muhamad Arif Daniel (gambar kecil) dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Klebang pada petang Rabu.
Image from: 'Saya cuba selamatkan dia' - Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Klebang
Anggota bomba tiba lokasi kira-kira lima minit kemudian selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.03 petang.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Kegembiraan dua sahabat mandi di Pantai Klebang di sini bertukar cemas selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian pada petang Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.03 petang.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian dan mendapati seorang lelaki dikenali Muhamad Arif Daniel Nizamuddin,18, dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berkenaan berhampiran pangsapuri PRIMA Klebang bersama rakannya.

"Operasi pencarian mangsa sedang dijalankan dengan kekuatan 14 anggota bomba dan turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

"Jarak lokasi kejadian kira-kira lima kilometer dari balai," katanya.

Sementara itu, rakan mangsa, Hakeem Putra Mahadi, 18, berkata, mereka yang sudah berkawan sejak Tingkatan Satu datang ke pantai itu untuk meluangkan masa bersama.

**media[3634684]**

Katanya, keadaan bertukar cemas selepas melihat rakannya seperti berada dalam kesusahan ketika berada di dalam air.

"Saya cuba bantu selamatkan dia tetapi tidak berjaya sebelum segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

"Ketika itu yang berada di lokasi hanya saya, dia dan seorang pemancing. Dia pernah beritahu saya yang dia tidak boleh berenang, tetapi bapanya pula pernah memberitahu dia boleh berenang," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved