Restoran bertukar kecoh, sekumpulan lelaki bergaduh

16 Aug 2026 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Restoran bertukar kecoh, sekumpulan lelaki bergaduh
Video pergaduhan sekumpulan lelaki itu juga tular di media sosial.

AMPANG - Polis menjalankan siasatan berhubung kes pergaduhan berkumpulan membabitkan sekumpulan lelaki warga asing di sebuah restoran di Jalan Memanda 7/1, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam di Restoran My BBQ Restaurant.

"Akibat pergaduhan itu, seorang lelaki mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan selain berlaku kerosakan harta benda di premis berkenaan.

"Polis turut mengesan satu hantaran video berkaitan kejadian itu yang tular di aplikasi Threads pada Ahad,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di sebuah restoran di sini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta individu yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved