Rodrigo Holgado semakin hampir sertai DPMM FC

FootballSports
25 Oct 2026 • 10:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rodrigo Holgado semakin hampir sertai DPMM FC
Rodrigo Holgado

KELAB Brunei DPMM FC semakin hampir untuk memuktamadkan rundingan bagi menandatangani Rodrigo Holgado untuk memperkukuh jentera serangan pasukan itu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh kelab berkenaan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi kelab itu.

Menerusi kenyataan tersebut, DPMM FC melabelkan penyerang kelahiran Argentina itu sebagai 'mesin gol Malaysia' yang kini berada di fasa akhir untuk memeterai kontrak bersama skuad tersebut.

"Rodrigo Holgado semakin hampir menyertai kelab Brunei, DPMM FC," kata kenyataan itu.

Ketajaman Holgado terbukti sepanjang musim 2024/2025 apabila dia berjaya meledak sebanyak 18 gol ketika beraksi bersama kelab Primera A Colombia, America de Cali.

Selepas mempamerkan prestasi cemerlang di Colombia, penyerang berkenaan kemudiannya kembali ke saingan Primera Division Chile dengan menyertai Coquimbo.

Untuk rekod, Coquimbo bukanlah asing buat dirinya memandangkan Holgado pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kelab tersebut selepas meledak 18 gol pada musim 2018.

Sebelum ini, Holgado dan enam pemain 'warisan' negara terpalit dengan isu pemalsuan dokumen menyebabkan mereka digantung selama 12 bulan daripada sebarang perlawanan rasmi bola sepak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved