Rohas Tecnic raih kontrak talian transmisi elektrik RM134.3 juta di Bangladesh

LocalBusiness & Finance
23 Nov 2026 • 6:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rohas Tecnic raih kontrak talian transmisi elektrik RM134.3 juta di Bangladesh Image from: Rohas Tecnic raih kontrak talian transmisi elektrik RM134.3 juta di Bangladesh hamden23/11/2026 - 18:36 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Nov - Rohas Tecnic Berhad menerusi anak syarikat milik 86.8%, HG Power Transmission Sdn Bhd (HGPT), menerima kontrak bernilai kira-kira RM134.3 juta daripada Power Grid Bangladesh PLC (PGB) bagi kerja-kerja pembinaan talian transmisi elektrik 132 kilovolt (kV) di Bangladesh.

 

Kontrak itu melibatkan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan talian transmisi 132kV secara pukal menerusi Pakej 5.

 

Rohas dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, HGPT menerima Notis Anugerah daripada PGB pada 23 November 2026, selepas ia dikeluarkan pada 22 November 2026.

 

Nilai kontrak termasuk peruntukan sementara berjumlah AS$19.11 juta (kira-kira RM78.58 juta) serta BDT1.72 bilion (kira-kira RM55.73 juta).

 

Kontrak itu dijangka berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari dari tarikh Notis Anugerah, tertakluk kepada penyempurnaan perjanjian kontrak oleh kedua-dua pihak, penyerahan jaminan pelaksanaan dan jaminan bayaran pendahuluan oleh HGPT serta pembayaran pendahuluan oleh PGB.

 

Tempoh pelaksanaan projek ditetapkan selama 1,080 hari atau kira-kira tiga tahun dari tarikh kuat kuasa, dengan tempoh penyiapan bagi setiap talian transmisi merangkumi keseluruhan kemudahan projek.

 

HGPT turut dikehendaki menyediakan jaminan pelaksanaan dan jaminan bayaran pendahuluan bersamaan 10% daripada nilai kontrak dalam tempoh 28 hari selepas menerima Notis Anugerah.

 

Dari segi kesan kewangan, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan Rohas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2027, 2028 dan 2029.

 

Ia juga dijangka memberi kesan positif terhadap pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan, namun tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham serta pegangan pemegang saham utama Rohas kerana tidak melibatkan penerbitan saham baharu.

 

HGPT diperbadankan di Malaysia pada 14 Julai 1988 dan terlibat dalam kerja pemasangan talian transmisi elektrik serta penyediaan perkhidmatan berkaitan.

 

Selain operasi utamanya di Malaysia, syarikat itu turut mempunyai kehadiran di Bangladesh dan Nepal. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved