Rosmah akui keluarga kecewa keputusan pengampunan Najib ditangguh, hanya mampu berdoa

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 9:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluahkan kekecewaan selepas keputusan berkaitan rayuan pengampunan beliau tidak seperti yang diharapkan.

Image from: Rosmah akui keluarga kecewa keputusan pengampunan Najib ditangguh, hanya mampu berdoa

Foto: Friends of BN

Memetik laporan Berita Harian, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pihak keluarga sebelum ini mempunyai jangkaan berbeza terhadap perkembangan tersebut, namun keputusan yang diumumkan tidak memenuhi harapan mereka.

“Sebagai seorang isteri, saya berasa kecewa. Terutamanya apabila saya membaca berita mengenai Peter Anthony yang boleh pulang ke rumah. Saya tumpang gembira untuk isterinya dan ahli keluarga mereka.
“Bagaimana saya mahu menjelaskan kepada cucu-cucu saya mengenai harapan mereka? Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah mengajar mereka agar sentiasa berdoa dan menyerahkannya kepada Allah. Insya-Allah, satu hari nanti, pasti ada sinar di hujung terowong.
“Kepada penyokong yang meletakkan harapan tinggi dan kemudiannya kecewa, terima kasih di atas segala doa dan mesej sokongan anda. Suami saya tahu anda semua di luar sana sentiasa mendoakannya,” katanya.

Menurut Rosmah, keadaan itu turut memberi kesan kepada keluarga, terutama dalam menjelaskan perkembangan berkenaan kepada cucu-cucunya yang sebelum ini turut menaruh harapan.

Dalam pada itu, perkembangan berhubung status Najib terus menjadi perhatian orang ramai, khususnya dalam kalangan penyokongnya yang mengikuti rapat proses berkaitan rayuan pengampunan serta masa depan bekas Perdana Menteri itu.

Artikel lain: Hadir PAU 2026, Rosmah curi perhatian -“Ni nak salam Datuk Najib, Datuk Najib tak ada…”

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan untuk dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung semalam.

Sumber: Berita Harian (Suraya Ali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved