Luahan Pembaca: Surat terbuka buat peserta RXZ Members

10 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Luahan Pembaca: Surat terbuka buat peserta RXZ Members

SAUDARA PENGARANG,

SECARA berseloroh, orang kata ‘hari raya’ di Terengganu ada tiga, selain Aidilfitri dan Aidiladha, satu lagi ialah perhimpunan RXZ Members.

Kehadiran ratusan ribu peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara setiap kali perhimpunan tahunan itu sentiasa disambut mesra kami, penduduk Terengganu.

Begitupun sikap segelintir peserta yang melanggar undang-undang bukan sahaja memeningkan kepala pihak berkuasa dan penganjur, malah tidak pasal-pasal imej negeri kami ini turut terpalit ‘busuk’.

Sejujurnya sedikit sebanyak kami terkilan dengan pelbagai tohmahan dilemparkan netizen terhadap Terengganu yang merupakan negeri paling bahagia ini ekoran perbuatan kurang senonoh sebahagian peserta RXZ Members ini.

Berubahlah sikap, boleh beli dan ubah suai motosikal Yamaha RXZ mencecah belasan ribu, takkan tidak boleh memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan insurans kenderaan?

Peserta pun rata-rata sudah matang, takkan masih mahu lagi ‘merempit’ dan buat aksi ‘Superman’ tanpa sayang nyawa dan fikir insan tersayang di rumah?

Buang-buanglah perangai suka ubah suai ekzos dan enjin tanpa spesifikasi serta buang cermin sisi, percayalah ‘standard itu indah’.

Tunggang motosikal dengan berhemah tanpa perlu membahayakan atau berlumba. Jangan bebankan sistem kesihatan negara. Jangan bebankan keluarga yang menanti kepulangan, yang terkapai-kapai tanpa sumber pendapatan.

Santai-santai sahaja, yang penting sampai. Perangai senonoh, netizen pun tak kecam. Kami tetap sambut mesra sampai bila-bila.

AWANG SPANAR,
Gong Badak, Kuala Nerus

The post Luahan Pembaca: Surat terbuka buat peserta RXZ Members appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved