Sabah cadang pelancongan disenaraikan dalam senarai bersama MA63

LocalTravel
4 Aug 2026 • 12:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sabah cadang pelancongan disenaraikan dalam senarai bersama MA63

Kerajaan Sabah mencadangkan sektor pelancongan dimasukkan ke dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan selaras MA63 bagi memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mencadangkan sektor pelancongan dimasukkan ke dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata cadangan itu bukan bertujuan memisahkan Sabah daripada kerangka pelancongan negara, sebaliknya bagi mewujudkan kerjasama operasi yang lebih berkesan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Sabah bukan meminta layanan istimewa. Sabah mahu memperkukuh keupayaan menguruskan satu daripada sektor ekonomi terpentingnya dengan kaedah yang mencerminkan semangat MA63.

“Keunikan biodiversiti Sabah, kawasan pemuliharaan yang luas, pelancongan pulau serta warisan masyarakat pribumi memerlukan dasar yang bersesuaian dengan realiti geografi dan sosioekonomi negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Jafry menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Putrajaya, semalam.

Beliau menjelaskan bahawa perubahan itu akan membolehkan Sabah menambah baik kerangka pelesenan, memelihara warisan budaya dan alam semula jadi, meningkatkan keselamatan pelawat serta memperkenalkan dasar seperti Levi Kelestarian Pelancongan.

Jafry yakin kerjasama erat antara kedua-dua pihak akan memperkukuh daya saing keseluruhan sektor pelancongan Malaysia, dan MA63 merupakan komitmen berperlembagaan yang menjadi panduan dalam pembangunan dasar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved