Saham Pensonic digantung susulan CEO, Chew Chuon Jin digugurkan sebagai Pengarah

LocalBusiness & Finance
26 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham Pensonic digantung susulan CEO, Chew Chuon Jin digugurkan sebagai Pengarah Image from: Saham Pensonic digantung susulan CEO, Chew Chuon Jin digugurkan sebagai Pengarah amree26/08/2026 - 12:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Saham Pensonic Holdings Berhad digantung dagangan pada 26 Ogos 2026 susulan penyingkiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Chew Chuon Jin daripada jawatan Pengarah.

 

Kumpulan tersebut berkata, resolusi berkenaan telah diluluskan majoriti pemegang saham menerusi pengundian secara sulit pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada 25 Ogos 2026.

 

Cadangan penyingkiran Chuon Jun, 57, daripada Lembaga Pengarah kumpulan itu dilaksanakan susulan notis yang dikemukakan oleh Sphere Corporation Sdn Bhd mengikut Seksyen 311 Akta Syarikat 2016.

 

 

 

 

 

 

Tambahnya, Sphere Corporation merupakan pemegang saham yang memiliki sekurang-kurangnya 10% modal saham untuk pengundian dalam Pensonic dan mengemukakan resolusi bagi penyingkiran beliau.

 

Sebelum ini jelas kumpulan berkenaan, Chuon Jun memegang jawatan sebagai CEO Pensonic selain turut dilantik untuk berkhidmat sebagai pengarah eksekutif dalam syarikat tersebut.

 

Pensonic dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa resolusi berhubung penyingkiran individu tersebut diluluskan dengan sewajarnya menerusi pengundian pada EGM tersebut.

 

Chuon Jun merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Chew Weng Khak @ Chew Weng Kiak.

 

Beliau juga adalah adik-beradik kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan, Chew Chuon Fang, menjadikan perkembangan terbaru itu perhatian terhadap perubahan dalam barisan kepimpinan kumpulan berkenaan.

 

Dagangan saham Pensonic digantung berikutan perkembangan tersebut, sementara pasaran menunggu penjelasan lanjut mengenai implikasi penyingkiran terhadap pengurusan dan hala tuju kumpulan.

 

 

 

 

 

 

Pensonic belum memperincikan dalam kenyataan tersebut sama ada Chuon Jun akan terus memegang jawatan sebagai CEO selepas penyingkirannya sebagai pengarah syarikat berkenaan.

 

Perkembangan itu turut menimbulkan persoalan mengenai struktur kepimpinan di peringkat lembaga pengarah, memandangkan Chuon Jun merupakan sebahagian keluarga pengasas dan pengurusan tertinggi. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved