Axis-REIT beli tiga gudang industri di Pulau Indah berjumlah RM61 juta daripada Megalift

26 Aug 2026 • 5:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Axis-REIT beli tiga gudang industri di Pulau Indah berjumlah RM61 juta daripada Megalift Image from: Axis-REIT beli tiga gudang industri di Pulau Indah berjumlah RM61 juta daripada Megalift amree26/08/2026 - 17:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 OgosAxis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) terus mengukuh penguasaannya dalam segmen hartanah industri apabila membeli tiga gudang di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang, Selangor pada harga RM61 juta.

 

Pengambilalihan daripada Megalift Sdn Bhd itu dilihat menarik kerana aset berkenaan sudah ada penyewa, dengan Megalift sendiri akan memajak semula keseluruhan hartanah itu selama lima tahun selepas urus niaga selesai.

 

Axis-REIT dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hartanah berkenaan merangkumi tiga lot tanah industri pegangan pajakan dengan keluasan keseluruhan kira-kira 29,101.59 meter persegi.

 

"Di atas tanah ini terdapat tiga blok gudang berserta bangunan sampingan dengan keluasan lantai kasar dan kawasan boleh disewa bersih kira-kira 16,856.05 meter persegi," jelas kumpulan itu.

 

Megalift, yang menjalankan perniagaan pengangkutan berat, kerja pengangkatan dan pemasangan, perkhidmatan tongkang serta penghantaran dan penyimpanan gudang, ketika ini menduduki keseluruhan hartanah tersebut.

 

Di bawah perjanjian pajakan semula, Megalift akan membayar sewa bulanan awal sebanyak RM316,826.90 kepada Axis-REIT, tertakluk kepada kenaikan sewa yang dipersetujui sepanjang tempoh pajakan.

 

Axis REIT_DagangNews2026

 

Ujarnya, hartanah yang baru sahaja berusia kira-kira satu hingga tiga tahun itu terletak di Jalan Sungai Chandong 20/KS11 dan mempunyai baki tempoh pajakan sehingga 30 Oktober 2116.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Axis REIT Managers Berhad, Leong Kit May berkata, pengambilalihan itu selaras dengan strategi kumpulan untuk mengembangkan portfolio menerusi aset industri yang mempunyai lokasi strategik.

 

"Kedudukan hartanah itu berhampiran Northport, Westport dan Southport serta mempunyai akses ke beberapa lebuh raya utama menjadikannya sesuai untuk aktiviti rantaian bekalan dan pengedaran.

 

Pengambilalihan yang dijangka dibiayai sepenuhnya menerusi kemudahan bank sedia ada itu disasarkan selesai pada suku pertama 2027 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Axis-REIT bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2027.

 

Selepas urus niaga selesai, nisbah pembiayaan Axis-REIT dijangka meningkat kepada 33.12% daripada jumlah aset teraudit setakat 31 Disember 2025, masih jauh di bawah had penggearan 50% yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved