Saifuddin jawab persoalan syarat tahanan rumah Najib di Parlimen esok

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 12:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Saifuddin jawab persoalan syarat tahanan rumah Najib di Parlimen esok

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijangka memberi penjelasan berhubung pelaksanaan tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen esok.

Beliau berkata, semua persoalan berhubung perkara itu akan dijawab di Dewan Rakyat, lapor New Straits Times

"Saya akan menjawab semua soalan mengenai perkara itu itu di Parlimen esok," katanya.

Beliau diminta mengulas beberapa persoalan mengenai aturan dan syarat tahanan rumah bekas Ahli Parlimen Pekan itu, termasuk sekatan yang dikenakan, sama ada ahli keluarga terdekat Najib dibenarkan terus tinggal bersama di kediaman sama serta sama ada beliau boleh menerima kunjungan tetamu.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah di kediamannya di Taman Duta sehingga 23 Ogos 2028.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mengetepikan sepenuhnya perintah pelepasan melalui pembayaran denda yang dikeluarkan pada 6 November dan menggantikannya dengan perintah baharu yang dikeluarkan semalam.

Najib kemudian tiba di kediamannya di Taman Duta, di sini, pada jam 9.27 malam untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Beliau dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dengan diiringi beberapa kenderaan Jabatan Penjara dan polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved