Samaiden dijangka catat pertumbuhan 24% pada 4QFY26, projek solar pacu keuntungan – RHB Research

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 9:37 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Samaiden dijangka catat pertumbuhan 24% pada 4QFY26, projek solar pacu keuntungan – RHB Research Image from: Samaiden dijangka catat pertumbuhan 24% pada 4QFY26, projek solar pacu keuntungan – RHB Research hamden14/08/2026 - 09:37 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Samaiden Group Bhd dijangka mencatat keuntungan teras antara RM8 juta hingga RM9 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2026 (4QFY26), meningkat sekitar 12% hingga 24% tahun ke tahun, didorong kemajuan projek solar berskala utiliti, kata RHB Research.

 

Sehubungan itu, firma penyelidikan berkenaan mengekalkan saranan 'BELI' terhadap saham Samaiden, selain menaikkan sasaran harga (TP) kepada RM2.11 daripada RM1.84, memberikan potensi kenaikan sekitar 38%.

 

"Sasaran harga yang lebih tinggi itu mengambil kira peningkatan andaian pengisian semula buku pesanan bagi FY27F dan FY28F menjelang pemberian projek Solar Berskala Besar 6 (LSS6) yang dijangka diumumkan pada separuh pertama tahun kalendar 2027 (1HCY27)," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Samaiden dijangka mengumumkan keputusan 4QFY26 pada 26 Ogos 2026. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, dengan PATAMI teras diunjurkan antara RM8 juta hingga RM9 juta, ia meletakkan syarikat di landasan untuk mencapai sasaran keuntungan teras setahun penuh sekitar RM33 juta.

 

Prestasi tersebut dijangka disokong oleh permulaan serta kemajuan pembinaan projek solar berskala utiliti, selain peningkatan margin bersih kepada sekitar 9% bagi 9MFY26, berbanding 6% pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Buku Tempahan Kukuh

Dari segi prospek kontrak, buku tempahan tertunggak Samaiden kekal kukuh pada RM536.6 juta setakat 3QFY26, sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan sehingga FY27F.

 

RHB Research berpandangan LSS6 dijangka menjadi pemacu utama bagi fasa seterusnya pengisian semula buku tempahan amaiden.

 

Katanya, kapasiti solar sebanyak 2.65GW di bawah LSS6 adalah lebih tinggi berbanding andaian awal sebanyak 2GW, manakala penyertaan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berpotensi meningkatkan jumlah perbelanjaan modal projek kepada sekitar RM13 bilion hingga RM15 bilion.

 

Susulan itu, andaian pengisian semula buku tempahan yang didorong LSS6 dinaikkan kepada RM1.5 bilion daripada RM1.3 bilion, yang diterjemahkan kepada anggaran bahagian pasaran sekitar 10% hingga 12%.

 

Anggaran itu masih berada dalam lingkungan bahagian pasaran sejarah Samaiden sebanyak 10% hingga 15% bagi tender LSS terdahulu, walaupun pihak pengurusan menyasarkan bahagian pasaran lebih tinggi sekitar 15% hingga 20% bagi LSS6.

 

Dengan tender LSS6 dijangka ditutup pada Oktober 2026, pemberian kontrak paling awal dijangka diumumkan pada 1HCY27- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved