Maxis catat untung RM436 juta 2QFY26, isytihar dividen 4 sen

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 3:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maxis catat untung RM436 juta 2QFY26, isytihar dividen 4 sen Image from: Maxis catat untung RM436 juta 2QFY26, isytihar dividen 4 sen hamden14/08/2026 - 15:05 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Maxis Bhd mencatat keuntungan bersih RM436 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY26), meningkat 9.5% daripada RM398 juta setahun sebelumnya, disokong pertumbuhan hasil perkhidmatan dan disiplin operasi.

 

Hasil bagi suku berkenaan meningkat 3.91% tahun ke tahun kepada RM2.66 bilion daripada RM2.56 bilion.

 

Menurut Maxis, prestasi itu disokong pertumbuhan hasil perkhidmatan sebanyak 2.2% kepada RM2.25 bilion, manakala keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 2.7% kepada RM1.12 bilion.

 

Bagi tempoh enam bulan pertama (1HFY26), keuntungan bersih meningkat kepada RM853 juta berbanding RM769 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Hasil turut meningkat kepada RM5.39 bilion daripada RM5.17 bilion.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng, berkata keputusan itu mencerminkan pendekatan kumpulan untuk menggabungkan pertumbuhan perolehan yang stabil dengan disiplin operasi bagi mempercepatkan pertumbuhan keuntungan.

 

Menurut beliau, Maxis terus memberi tumpuan kepada pengembangan margin menerusi pelaksanaan strategi yang lebih berfokus merentasi perniagaan.

 

“Sebagai pengiktirafan terhadap keputusan ini, lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim empat sen sesaham, sekali gus mengekalkan pembayaran dividen yang stabil,” katanya.

 

 

Menurut Seow Eng, Maxis mengekalkan panduan prestasi bagi tahun kewangan 2026 (FY26), dengan hasil perkhidmatan dan EBITDA dijangka mencatat pertumbuhan satu digit rendah dan turut mengekalkan sasaran intensiti perbelanjaan modal pada kadar 10% hingga 12%.

 

“Bagi baki tahun ini, kami kekal fokus memanfaatkan rangkaian bersepadu kami untuk mencipta nilai kepada pengguna dan memperkasa perniagaan, di samping memberikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan kepada pemegang saham,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved