Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Ditangguhkan Susulan Jerebu

9 Oct 2026 • 2:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Ditangguhkan Susulan Jerebu

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil esok ditangguhkan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Sambutan Hari Sukan Negara ditangguhkan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini memaklumkan, tarikh baharu penganjuran akan diumumkan kelak, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap selamat bagi aktiviti luar.

Menurut KBS, keputusan itu dibuat selepas perbincangan terperinci dengan agensi kerajaan berkaitan serta penelitian terhadap implikasi penganjuran acara berskala besar dalam keadaan semasa.

“Keputusan ini dibuat sebagai langkah proaktif dan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada para peserta, penganjur dan orang ramai,” menurut kenyataan itu.

KBS turut menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung keadaan jerebu yang sedang melanda negara.

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan penganjuran HSN di peringkat negeri dan lokasi lain tertakluk kepada situasi setempat serta ketetapan pentadbiran masing-masing.

Baca juga:

Setakat kenyataan itu dikeluarkan, sambutan HSN di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan yang ditangguhkan melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara itu, penganjuran HSN di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan seperti dirancang.

KBS turut menyeru orang ramai supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah buat masa ini serta sentiasa mematuhi nasihat dan panduan kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari semasa ke semasa.

Kementerian juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul serta merakamkan penghargaan atas pengertian dan kerjasama semua pihak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved