Sanusi akan buat laporan polis, dakwa kenyataan diputar belit -“Saya sebut benda fakta saja”

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 8:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didakwa memanipulasi kenyataannya berhubung sejarah demi kepentingan politik.

Akan fail saman

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan, selain memfailkan saman, laporan polis juga akan dibuat terhadap pihak yang memutar belit ucapannya ketika menyampaikan ceramah di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Image from: Sanusi akan buat laporan polis, dakwa kenyataan diputar belit -“Saya sebut benda fakta saja”

Sanusi berkata, kenyataan yang disampaikan hanyalah berdasarkan fakta sejarah dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu atau pihak tertentu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya sebut benda yang fakta sahaja. Siapa-siapa yang cuba memanipulasi isu ini untuk kepentingan politik, saya akan saman.
“Saya akan buat laporan polis balas. Saya akan ambil tindakan undang-undang untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba memesongkan fakta,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kebajikan Haiwan, Himpunan Lembu Sado Malaya dan Sambutan World Rabies Day peringkat negeri Kedah di Suka Menanti, pada Sabtu.

Sebelum ini, kenyataan Sanusi ketika berucap di Jempol menjadi perhatian selepas beliau menyentuh mengenai sejarah Tanah Melayu serta kedudukan orang Melayu.

Ucapan itu kemudiannya menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuk Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong yang mendakwa kenyataan tersebut berbaur perkauman dan bersifat hasutan.

Image from: Sanusi akan buat laporan polis, dakwa kenyataan diputar belit -“Saya sebut benda fakta saja”

Kenyataan dipetik secara berasingan

Mengulas perkara itu, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa kenyataannya telah dipetik secara berasingan sehingga mengubah maksud sebenar.

“Berbutir, terus terang. Butiran dia jelas. Saja orang nak manipulasi, dia ambil sekerat, dia ulas, dia tambah sendiri. Lepas itu dia buat isu.
“Kalau yang faham bahasa Melayu, takkan bahasa Malaysia orang tak faham. Saja digembar-gemburkan untuk meraih keuntungan politik dan memburukkan saya,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan sejarah tidak seharusnya dijadikan punca mencetuskan ketegangan kerana ia merupakan fakta yang perlu dipelajari untuk memahami peristiwa lampau dan dijadikan panduan pada masa hadapan.

“Saya cerita bab sejarah. Takkan tak faham. Saja nak menimbulkan ketegangan. Bukan saya yang timbulkan ketegangan, mereka yang menimbulkan ketegangan,” jelasnya sambil menegaskan beliau tidak akan gentar mempertahankan kenyataannya yang disifatkan berasaskan fakta sejarah.
Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd noor Hafiz Wan Mansor)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved