
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Saravanan, 58, yang tiba pada 8.26 pagi dan diiringi pegawainya dijangka menghadapi pertuduhan berhubung kuota pengambilan pekerja asing di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima, memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.
Banjir Nepal: Polis Keluarkan Senarai Nama Individu Yang Hilang
Tular Video Pesawat Bombardier Di Sumatera, APMM Nafi Bantu Indonesia Padam Kebakaran
Pengamal media dan penyokong ahli politik itu dilihat berada di pekarangan kompleks mahkamah seawal 7.45 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes terhadap Saravanan akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada 9 pagi.





