Sarawak kenal pasti 9 lagi syarikat Bumiputera berpotensi disenaraikan di Bursa Malaysia

LocalBusiness & Finance
29 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sarawak kenal pasti 9 lagi syarikat Bumiputera berpotensi disenaraikan di Bursa Malaysia Image from: Sarawak kenal pasti 9 lagi syarikat Bumiputera berpotensi disenaraikan di Bursa Malaysia johardy29/09/2026 - 10:00 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Sept - Sarawak mengenal pasti sembilan lagi syarikat Bumiputera ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia, termasuk dua yang disasarkan untuk disenaraikan pada 2027, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

 

Perkembangan itu menyusuli penyenaraian United Asiapac Energy Berhad di Pasaran ACE pada 14 Sept lalu.

 

Menurut Awang Tengah, syarikat itu mempunyai permodalan pasaran RM192.50 juta ketika disenaraikan dan memperoleh dana RM48.74 juta menerusi penyenaraian tersebut.

 

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada kerangka strategik 3-7-20 yang memberi tumpuan kepada penyenaraian syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia, pembangunan Regional Business Champions serta penskalaan perusahaan mikro kepada syarikat Sendirian Berhad.

 

Sarawak juga mahu memperluas penyertaan Bumiputera dalam sektor hidrogen, petrokimia, pembuatan termaju, aeroangkasa dan semikonduktor, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

 

Pada masa sama, kerajaan negeri menggalakkan kerjasama antara syarikat Bumiputera dengan bukan Bumiputera bagi membantu syarikat tempatan berkembang dalam rantaian bekalan serantau dan global.

 

“Sarawak berhasrat membangunkan ekosistem perusahaan yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya saing,” kata Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) dalam satu kenyataan.

 

Menurut beliau, kerjasama antara syarikat Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh dilaksanakan melalui usaha sama, perkongsian teknologi, pembangunan vendor serta peluasan akses pasaran.


 

solar

 


Kenyataan MINTRED itu diterbitkan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera di Putrajaya pada 28 Sept, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Awang Tengah berkata, Sarawak akan terus menumpukan agenda pembangunan Bumiputera kepada pengembangan perusahaan, pembiayaan, akses pasaran dan penyertaan dalam sektor berimpak tinggi. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved