Siapa sangka, di sebalik perjalanan hidup yang bermula serba sederhana di sebuah tanah rancangan FELDA, Dr Zulkifli Hasan kini menggalas tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Dr Zulkifli yang dilantik memegang portfolio berkenaan pada Disember 2025 berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang dan perjalanan hidupnya sehingga berada di kedudukan hari ini.
Advertisement
Beliau membesar dalam keluarga sederhana di FELDA Sungai Behrang, Perak. Menurutnya, arwah ibu dan bapanya menyara keluarga dengan menoreh getah selain mengajar anak-anak mengaji al-Quran.
Biarpun berasal daripada keluarga sederhana, latar belakang tersebut tidak menghalangnya untuk mengejar pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi.
Dr Zulkifli memiliki PhD dalam bidang Kewangan Islam dari United Kingdom selain mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kewangan Islam.


Pengalaman kerjayanya juga bukan calang-calang apabila pernah berkhidmat di peringkat antarabangsa termasuk di Dubai International Financial Centre serta Fordham Law School di New York.
Dalam bidang akademik pula, beliau pernah menggalas beberapa tanggungjawab termasuk sebagai pensyarah, Dekan dan Timbalan Rektor universiti.
Tidak hanya tertumpu kepada bidang akademik dan kewangan, Dr Zulkifli turut aktif menyertai misi kemanusiaan di beberapa kawasan bergolak termasuk Gaza dan Syria serta di Turkiye.

Beliau juga dilaporkan telah menghasilkan lebih 30 buah buku selain ratusan penulisan dan artikel akademik sepanjang perjalanan kerjayanya.
Bagaimanapun, segala pencapaian itu tidak membuatkan beliau lupa asal-usul. Mengakhiri perkongsiannya di Threads dengan ungkapan “Hadza min fadhli Rabbi”, Dr Zulkifli menyifatkan apa yang dikecapinya hari ini turut hadir daripada sokongan keluarga serta guru-guru yang mendidiknya.

Perjalanan hidupnya daripada seorang anak kampung di FELDA sehingga menggalas portfolio keagamaan negara sekali gus menjadi bukti bahawa latar belakang keluarga sederhana bukan penghalang untuk seseorang melangkah jauh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Saya Tak Terkesan Dengan Segala Kejian Dan Makian” – Firdaus Wong Nafi 'Tunggang' Isu Shah Rocky, Tegas Isu Bukan Soal Kaum
The post “Saya Hanya Anak Penoreh Getah…” – Kisah Hidup Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan Buat Ramai Kagum! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






