"Saya Pilih Tenang Sebab Itu Saya Solat” - Bekas Suami Syida Melvin

10 Nov 2026 • 5:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

"Saya Pilih Tenang Sebab Itu Saya Solat” - Bekas Suami Syida Melvin

Bekas suami kepada pelakon, Syida Melvin iaitu Syafiq tampil menjelaskan tindakannya yang memilih untuk menunaikan solat ketika berlaku pertelingkahan antara dirinya dan bekas isterinya.Menerusi perkongsian di TikTok Live, Syafiq berkata dia memilih untuk solat bagi menenangkan diri sebelum mengambil sebarang tindakan.“Saya kena tenang sebab itu bila berlaku benda itu, saya pilih untuk solat. Bila solat, saya tenang. Kita kena solat, apa pun berlaku, solat dulu baru bertindak. Ingatkan saya nak buat kenyataan ini esok tetapi saya rasa esok orang ingat saya jahat,” katanya.Menurutnya, situasi tegang yang berlaku antara dirinya dan Syida tidak sepatutnya dikongsikan kepada orang ramai memandangkan kes mereka masih dalam prosiding mahkamah.“Saya nak terangkan, apa yang berlaku adalah salah dan tak patut berlaku. Tak patut post, viral dan jadi sebab kita sedang ada prosiding di mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan,” ujarnya.Dalam masa sama, Syafiq turut menafikan dakwaan berlaku sebarang kemalangan sepanjang konflik mereka kecuali kecederaan pada jari tangannya.“Gaji bibik tak benar. Kita bayar dua kali. Tiada orang tumbuk. Dia block jalan, saya berjalan. Yang tadi, situasi itu tak ada apa-apa kemalangan berlaku melainkan jari saya berdarah dan ada darah pada baju. Lain-lain tiada,” jelasnya.Sekadar info, Syida atau nama penuhnya Syida Nur Syifa Assyifa Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan telah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved