
Pelakon, Syida Melvin tampil menjelaskan tindakannya mahu kembali menetap di kediaman yang pernah didiami bersama bekas suami, Syafiq Azim, selepas video pertelingkahan mereka tular di media sosial.Menurut Syida, dia sudah lapan bulan meninggalkan kediaman tersebut bersama tiga anak mereka kerana mendakwa tidak lagi mampu berdepan tekanan emosi serta layanan buruk daripada bekas suaminya.“Dah lapan bulan aku dengan anak-anak keluar. Aku keluar sebab nak lindungi mental, fizikal dan pemikiran anak-anak aku.“Sebab penderaan emosi. Kena caci maki dan hina, itu benda biasa bagi dia,” dakwanya menerusi perkongsian di Threads.Syida berkata, sepanjang tempoh tersebut, dia terpaksa menumpang di kediaman ahli keluarga termasuk pulang ke kampung, sekali gus menjejaskan urusan persekolahan anak-anaknya.“Dari April sampai sekarang, aku terpaksa duduk kampung dan anak-anak tak bersekolah.“Aku ambil tutor peribadi sahaja untuk anak-anak. Alhamdulillah, Pia dah pandai baca.“Anak-anak aku nak sekolah. Aku dah tak ada tempat. Aku menumpang rumah Kak Long,” katanya.Dalam masa sama, Syida menegaskan hasratnya untuk kembali ke kediaman berkenaan bukan bertujuan menuntut pemilikan sepenuhnya, sebaliknya mahu mendapatkan tempat tinggal yang lebih stabil buat anak-anak.“Aku tak nafikan rumah itu bukan 100 peratus aku punya, tapi bagilah ruang.“Kenapa aku kena cari rumah sewa? Kau seorang, pergilah duduk tempat lain. Bagi ruang untuk aku dengan anak-anak duduk rumah itu,” ujarnya.Tambahnya, dia sudah beberapa kali mengemukakan permohonan menerusi peguam sejak Ogos lalu, namun mendakwa usaha tersebut tidak mendapat kerjasama daripada bekas suaminya.“Peguam aku dah hantar empat, lima surat tetapi dia buat tak tahu. Dia cakap nak perintah mahkamah.“Aku dah buka fail, tetapi proses itu ambil masa enam hingga lapan bulan. Anak aku nak sekolah,” katanya lagi.Terdahulu, tular beberapa keratan video siaran langsung TikTok memaparkan Syida meminta Syafiq meninggalkan kediaman berkenaan bagi membolehkannya kembali menetap bersama anak-anak.Dalam rakaman tersebut, Syafiq dilihat meneruskan aktivitinya seperti biasa, termasuk menunaikan solat, ketika Syida menyuarakan rasa tidak puas hati.Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan Syida belum mendapat pengesahan dan penjelasan Syafiq berhubung perkara tersebut perlu diperoleh bagi memberikan gambaran yang seimbang.Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Sumber: Threads





![[VIDEO] Kami buat segalanya untuk bawa daddy balik – Anak Najib Razak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/NAJWA-NOORYANA-NAJWA-1024x768.jpeg?v=1793986719)
