'Saya rasa tak sedap hati bila hujan lebat dan petir, ke mana anak pergi'

12 Aug 2026 • 2:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya rasa tak sedap hati bila hujan lebat dan petir, ke mana anak pergi'
Noraziyawani menunjukkan gambar Luth Naiman yang merupakan anak keempat daripada enam beradik yang ditemukan lemas di Sungai Kelantan. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: 'Saya rasa tak sedap hati bila hujan lebat dan petir, ke mana anak pergi'
Operasi mencari dan menyelamat Mohd Rayyan Hakimi masih diteruskan oleh anggota bomba.Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: 'Saya rasa tak sedap hati bila hujan lebat dan petir, ke mana anak pergi'
Operasi mencari dan menyelamat Mohd Rayyan Hakimi masih diteruskan oleh anggota bomba.Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KUALA KRAI - "Saya rasa tidak sedap hati bila hujan lebat, petir dan kilat, tak sangka rupanya anak lemas".

Demikian kata Noraziyawani Abu Bakar, 43, ibu kepada Luth Naiman Mohd Noor Aziron, 14, pelajar Tingkatan Dua yang ditemukan lemas di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Rabu.

Menurut ibu kepada enam orang anak itu, pada hari kejadian sekitar jam 6.30 petang hujan lebat beserta kilat dan petir.

"Ketika ini saya rasa tidak sedap hati dan teringatkan Luth Naiman.

"Dalam hati terlintas mana dia pergi, tidak balik lagi. Saya tahu dia keluar bermain bersama-sama empat lagi sahabat baiknya yang tinggal sekampung walaupun mereka bukan satu sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

Terdahulu, Luth Naiman ditemukan kira-kira jam 9.10 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi dia hilang.

Sementara itu rakannya, Mohd Rayyan Hakimi masih belum ditemukan.

**media[3612708]**

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Kanan,Nik Ahmad Afsham Nik Pa, mangsa ditemukan pada kedalaman tiga meter.

Noraziyawani memberitahu, semasa hari kejadian anak keempat daripada enam beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

**media[3612709]**

Ujarnya, anaknya itu cuma bermain dengan adik-adiknya yang lain.

Dia sedia maklum anaknya tidak pandai berenang dan tidak tahu Luth Naiman akan mandi manda di Sungai Kelantan kerana jarak dari rumah ke lokasi kejadian agak jauh.

"Bagaimanapun saya reda dengan apa yang berlaku," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved