“Saya Tak Tahu, Saya Jaga Kereta Saya Saja”- Ismail Lasim Jawab Dakwaan Ada Exco Masih Tak Pulangkan Kereta

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Saya Tak Tahu, Saya Jaga Kereta Saya Saja”- Ismail Lasim Jawab Dakwaan Ada Exco Masih Tak Pulangkan Kereta

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 24 September lalu 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan telah hilang jawatan berkuatkuasa serta-merta pada 20 September lalu.

Perkara itu selepas ia diperkenankan Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengikut Perkara XXXVIII (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pembatalan Pelantikan Ahli MMKN Diwartakan, 10 Exco Negeri Sembilan Hilang Jawatan

Terbaharu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memaklumkan beliau tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang senarai nama yang baharu untuk mengisi jawatan Exco tersebut sehingga kes pembatalan pelantikan babitkan senarai Exco yang sebelum ini diseselesaikan di mahkamah.

Ismail turut menjawab dakwaan berhubung beberapa Exco yang belum memulangkan kenderaan rasmi meskipun arahan pembatalan pelantikan mereka telah dikeluarkan.

Kata Menteri Besar itu perkara tersebut di luar pengetahuannya.

“Saya tak tahu, saya jaga kereta saya saja,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh turut memaklumkan kes pembatalan pelantikan Exco tersebut telah dibawa ke mahkamah dan menunggu keputusan mahkamah.

“Kita sudah bawa ke mahkamah, kita tunggulah keputusan mahkamah, tapi mungkin ada perbincangan dan sebagainya, saya tak pasti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan yang kini masih lagi belum mempunyai barisan Exco dan juga dakwaan daripada pihak tertentu kemungkinan Exco akan menarik semula permohonan di mahkamah.

Ismail tegaskan dakwaan letak jawatan sebagai MB hanya khabar angin

Ismail turut diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan terbabit sebagai khabar angin.

“Itu adalah khabar angin,” ujarnya.

Ismail sifatkan isu letak jawatan sengaja dimainkan pihak tertentu, tegaskan dapat sokongan daripada 24 ADUN BN dan PN

Beliau turut menegaskan isu letak jawatan sebagai MB itu sengaja dimainkan oleh pihak tertentu khususnya melalui media sosial.

Dalam pada itu, Ismail turut menegaskan beliau mendapat sokongan yang pada daripada 24 ADUN daripada parti Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) dalam menerajui kerajaan Negeri Sembilan masa kini.

Ujarnya semua sokongan ADUN tersebut terserlah dalam membantu memastikan persediaan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 berjalan lancar serta dapat dibentangkan pada 27 November ini.

Sedang fokus sediakan Belanjawan Negeri Sembilan 2027

“Tak betul dakwaan tak dapat sokongan. Semua 24 ADUN kerajaan berikan sokongan. Kami sedang fokus kepada penyediaan Belanjawan Negeri Sembilan 2027.

“Saya mendapat sokongan daripada ketua-ketua jabatan, ADUN-ADUN kerajaan termasuk bekas Exco walaupun mereka tidak berada dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama sehingga DUN boleh bersidang dan bajet boleh kita luluskan,” jelasnya.

Ismail turut memaklumkan persiapana untuk pembentangan belanjawan itu kini di peringkat akhir dengan kerjasama penjawat awam negeri, terutama ketua jabatan.

“Buat masa ini tiada perubahan dari segi tarikh persidangan DUN dan pembentangan belanjawan yang dirancang perasmiannya pada 26 November, disusuli pembentangan bajet pada 27 November.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved