Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi profil ringkas dirinya di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming atau lebih mesra dikenali sebagai KA, 33, memperkenalkan dirinya dengan menyenaraikan beberapa ciri yang dimiliki termasuk pandai memasak, menjaga kanak-kanak serta mempunyai minat dalam bidang perniagaan.
View this post on Instagram
“Salam perkenalan. Umur 33, boleh masak, pandai jaga budak, suka berniaga, allergic belacan, pernah tangkap ikan bilis, selalu busy kerja tapi boleh je cari masa bercuti.”
Dalam hantaran sama, KA turut menjelaskan bahawa kanak-kanak dalam gambar yang dikongsikan bukanlah anaknya.

“Budak yang dalam gambar ni bukan anak saya.”
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur malah ada yang turut mengambil peluang memperkenalkan diri sendiri dengan menyenaraikan kelebihan masing-masing.
Ada yang berseloroh berkongsi latar belakang, kemahiran serta ciri pasangan idaman mereka, menjadikan ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan pelbagai “resume” spontan.
Ramai turut memuji cara KA yang santai dan bersahaja dalam berkongsi tentang dirinya, sekali gus mencetuskan gelombang komen lucu daripada pengikutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Christy Ng Lancar Koleksi Eksklusif ‘KUDRAT 1968’, Gabung Fesyen & Dunia High Council
The post “Saya Umur 33, Alergik Belacan” – Khairul Aming Bersedia Berumah Tangga, Cari Calon Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






