
PETALING JAYA: Sime Darby Property Bhd. (SD Property) melalui anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Property (KLGCC Resort) Sdn. Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) bagi cadangan pemerolehan Wisma UniRazak bernilai RM160 juta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, perjanjian itu dimeterai pada 19 Ogos 2026 dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebagai penjual.
Katanya, cadangan pemerolehan itu membabitkan sebidang tanah pegangan bebas bersama bangunan pejabat 15 tingkat dengan satu aras tempat letak kereta bawah tanah yang dikenali sebagai Wisma UniRazak.
“Lembaga pengarah SD Property ingin mengumumkan bahawa pembeli pada 19 Ogos 2026 telah memeterai perjanjian jual beli dengan penjual bagi cadangan pemerolehan,” katanya.
Syarikat sebelum ini mengumumkan cadangan pemerolehan berkenaan pada 6 Julai 2026.
Cadangan itu merupakan sebahagian daripada langkah SD Property untuk memperkukuh portfolio asetnya, khususnya dalam segmen hartanah komersial. – UTUSAN
The post SD Property beli Wisma UniRazak bernilai RM160 juta appeared first on Utusan Malaysia.






