Sime Darby Property muktamadkan pembelian Wisma UniRazak bernilai RM160 juta

19 Aug 2026 • 3:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sime Darby Property muktamadkan pembelian Wisma UniRazak bernilai RM160 juta Image from: Sime Darby Property muktamadkan pembelian Wisma UniRazak bernilai RM160 juta hamden19/08/2026 - 15:14 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Sime Darby Property Bhd (SD Property) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Property (KLGCC Resort) Sdn Bhd, memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi cadangan pengambilalihan Wisma UniRazak bernilai RM160 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, kumpulan itu berkata perjanjian berkenaan dimeterai pada 19 Ogos 2026 dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebagai penjual.

 

Cadangan pengambilalihan itu membabitkan sebidang tanah pegangan bebas berserta bangunan pejabat 15 tingkat yang mempunyai satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah.

 

Hartanah berkenaan dikenali sebagai Wisma UniRazak. Bagaimanapun, dalam pengumuman terbaharu syarikat tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai strategi pembangunan atau penggunaan Wisma UniRazak selepas pengambilalihan.

 

Pada 7 Julai 2026 media melaporkan SD Property menembusi pasaran hartanah pusat bandar Kuala Lumpur menerusi pembelian Wisma Unirazak yang akan dibangunkan semula sebagai projek pembangunan bercampur premium dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM900 juta.

 

Pemerolehan tersebut adalah kemasukan pertama syarikat ke pasaran hartanah di pusat bandar Kuala Lumpur.

 

Menurut syarikat, lokasi di koridor Jalan Tun Razak-KLCC memberi peluang kepada syarikat untuk membuka nilai jangka panjang daripada tapak strategik yang semakin sukar diperoleh.

 

Projek itu dijangka dilancarkan pada 2028 dan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan.

 

Sementara itu, urus niaga berkenaan diklasifikasikan sebagai urus niaga pihak berkaitan kerana PNB dan syarikat induknya, Yayasan Pelaburan Bumiputera mempunyai hubungan dengan AmanahRaya Trustees Bhd. bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

 

ASB adalah pemegang saham utama Sime Darby Property dengan pegangan langsung sebanyak 32.7 peratus setakat 30 Jun lalu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved