'Sebulan lagi saya genap 65 tahun...' - Ibu Sabri Yunus meninggal dunia

6 Aug 2026 • 10:41 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from:  'Sebulan lagi saya genap 65 tahun...' - Ibu Sabri Yunus meninggal dunia

AKTOR veteran Sabri Yunus berkongsi berita duka ibunya meninggal dunia.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mendedahkan Allahyarham yang berusia 88 tahun menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 8.05 malam.

Lebih memilukan, pemergian  wanita itu terjadi hanya sebulan jarak dengan ulang tahun kelahirannya.

"Saya jadi anak Mek ketika Mek berusia 23 tahun. Sebulan lagi genap saya 65 tahun jadi anak Mek.

"Malam ini 5/8/26, jam 8.05, ketika hujan tiba tiba turun lebat di laman rumah, Mek mengalah daripada pertarungan hampir 10 hari. 

Image from:  'Sebulan lagi saya genap 65 tahun...' - Ibu Sabri Yunus meninggal dunia

"ALLAH telah ambil Mek yang dipinjamkan untuk kami tujuh beradik.  Mek telah kembali ke rahmat ALLAH," titipnya.

Sabri yang dihubungi SinarPlus memaklumkan ibunya terdahulu mengalami keuzuran susulan kegagalan buah pinggang tahap lima.

Pemergian Allahyarham turut menerima kunjungan ziarah pemimpin setempat termasuk Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

"Semoga ALLAH mengurniakan syurga yang tertinggi buat Mek, mengampunkan segala khilafnya, melapangkan dan menerangi kuburnya, menjadikan alam barzakhnya penuh dengan rahmat dan ketenangan, serta mengurniakan kesabaran dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga, khususnya anak-anak yang telah berbakti dan menjaga arwah dengan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayat.

"Allahyarhamah Che Mah Penghulu Yunus merupakan bonda kepada Sabri Yunus, telah kembali ke rahmatullah malam tadi," titipnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Kampung Landak, Pengkalan Chepa.

Sumber: Instagram

 

https://sinarplus.sinarharian.com.my/article/186114/lifestyle/kisah-masyarakat/pengorbanan-yang-tidak-ternilai-nabil-izz-qaisar-derma-paru-paru-jantung-hati-buah-pinggang-kornea-beri-manfaat-enam-penerima

Muzik: Itebloomr Gone But Not Forgotten (SoundStripe)

Video: Jabatan Perdagangan PSIS

#sinarplus #lifestylesinarharian">

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved